awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2021: UMNO tidak gila kuasa - Asyraf Wajdi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/03/2022
08:13 MYT
PAU2021: UMNO tidak gila kuasa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi ketika menyampaikan ucapan dasar berikutan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di WTCKL. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: “Kalau kita gila kuasa, sudah tentu kita isytiharkan darurat. Kalau kita gila kuasa, sudah tentu kita gantung Parlimen."
Itu antara petikan kata-kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU2021) pada Khamis.
Tambah beliau, sekiranya parti itu gila kuasa, sudah pasti mereka ‘memandulkan’ Parlimen dan menjahanamkan insitusi.
“Tapi itu bukan UMNO, itu bukan kerja kita tapi itu semua kerja dari parti mana?” soal beliau sebelum perwakilan melaungkan PN (Perikatan Nasional).
BACA SEMUA BERHUBUNG PAU2021
“Parti mana?,” soal Asyraf Wajdi.
“PN!” laung perwakilan.
“Parti mana?” Asyraf Wajdi bertanya buat kali ketiga.
“PN!” jawab perwakilan.
Menyambung ucapan, ‘serangan’ beliau ditujukan kepada Pakatan Harapan (PH) pula.
“PH pun sama. Mereka tuduh kita kerajaan pintu belakang. Mereka tuduh kita tidak hormat mandat rakyat.
“Tapi bila kita mahu kembalikan semula mandat rakyat, pulangkan semula mandat kepada rakyat, mereka pula menggelupur, mencari alasan untuk menolaknya.
“Siapa sebenarnya tidak hormat kepada pilihan rakyat? Siapa sebenarnya bacul, tidak meyakini mandat rakyat?” soal beliau.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Pemuda UMNO
#PAU 2021
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan