KUALA LUMPUR: “Kalau kita gila kuasa, sudah tentu kita isytiharkan darurat. Kalau kita gila kuasa, sudah tentu kita gantung Parlimen."
Itu antara petikan kata-kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU2021) pada Khamis.
Tambah beliau, sekiranya parti itu gila kuasa, sudah pasti mereka ‘memandulkan’ Parlimen dan menjahanamkan insitusi.
“Tapi itu bukan UMNO, itu bukan kerja kita tapi itu semua kerja dari parti mana?” soal beliau sebelum perwakilan melaungkan PN (Perikatan Nasional).
BACA SEMUA BERHUBUNG PAU2021
“Parti mana?,” soal Asyraf Wajdi.
“PN!” laung perwakilan.
“Parti mana?” Asyraf Wajdi bertanya buat kali ketiga.
“PN!” jawab perwakilan.
Menyambung ucapan, ‘serangan’ beliau ditujukan kepada Pakatan Harapan (PH) pula.
“PH pun sama. Mereka tuduh kita kerajaan pintu belakang. Mereka tuduh kita tidak hormat mandat rakyat.
“Tapi bila kita mahu kembalikan semula mandat rakyat, pulangkan semula mandat kepada rakyat, mereka pula menggelupur, mencari alasan untuk menolaknya.
“Siapa sebenarnya tidak hormat kepada pilihan rakyat? Siapa sebenarnya bacul, tidak meyakini mandat rakyat?” soal beliau.
Ridauddin Daud
Thu Mar 17 2022

Asyraf Wajdi ketika menyampaikan ucapan dasar berikutan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di WTCKL. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Keputusan Perancis undurkan tentera dari Niger tidak ubah pendirian AS
Keputusan Perancis untuk menarik tenteranya dari Niger tidak akan mengubah sokongan Amerika Syarikat terhadap pemulihan demokrasi. Washington terus mendesak pembebasan Presiden Bazoum dan mengembalikan kestabilan politik.
Filipina: Alihkan 'penghalang' diletak china di Laut China Selatan
Filipina melaksanakan 'operasi khas' untuk mengalihkan penghalang terapung yang dipasang China di kawasan penangkapan ikan utama di Laut China Selatan.
China tuntut Scarborough Shoal, sekat nelayan Filipina
Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Wang Wenbin, berkata Shoal dan perairan berdekatan adalah wilayah asal China, di mana Beijing memiliki kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan.
Kes demam malaria di Kelantan catat peningkatan 84%
Kes demam malaria di Negeri Kelantan melonjak 84% sejak Januari. Daerah Gua Musang mencatat jumlah kes tertinggi. JKNK menggesa masyarakat berwaspada.
Belanjawan 2024: Kerajaan diharap sedia peruntukan tangani isu kekurangan 20,000 guru – Pakar
Kerajaan diharap menyediakan peruntukan khas bagi tujuan lantikan guru secara 'one off' bagi menyelesaikan isu kekurangan 20,000 guru di negara ini.
KKM sedia hadapi ancaman penyakit X
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.

Lego 'hentikan projek' guna botol minuman kitar semula
Plastik PET akan menyebabkan pelepasan karbon yang lebih tinggi sepanjang hayat kerana ia memerlukan peralatan baharu.

Sophia Loren jatuh bilik air, alami 'patah tulang yang serius'
Pembedahan ke atas pelakon berusia 89 tahun berjalan dengan baik dan beliau dinasihatkan berehat.

Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry
Sabah diiktiraf PBB dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.

Empat staf perubatan disyaki terima rasuah tawar kerja urus mayat
Tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima suapan tersebut kira-kira RM100 hingga RM600.

Howard tak perlu ulang perbuatan petik ayat al-Quran - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, ia bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

Tiada isu babit pemecatan ahli dibincang dalam Mesyuarat MT UMNO - Asyraf
Isu itu tidak timbul kerana keputusan Kerajaan Perpaduan sudah dibuat pada 23 Nov 2022, itu keputusan parti oleh Majlis Tertinggi.

UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk mengadakan Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian.

Asyraf Wajdi dedah ramai peminjam jumpa beliau mohon hapus hutang MARA
Duit MARA adalah duit rakyat, jadi tidak boleh sewenang-wenangnya minta hapuskan hutang, tegas Asyraf Wajdi.

MERCU 2023 realisasi aspirasi keusahawanan Bumiputera
Selain menyampaikan informasi mengenai kemudahan ditawarkan, program itu juga membuka laluan kepada usahawan memperluas akses pasaran.

UMNO dari awal yakin Ahmad Zahid mangsa pendakwaan politik
UMNO berharap titik hitam di dalam sejarah perundangan negara sehingga sistem dan institusi keadilan didakwa diperalatkan mesti dinoktahkan.

Semua parti Kerajaan Perpaduan komited pastikan negara stabil, raih kepercayaan pelabur
Semua parti juga sepakat, Malaysia mesti terus menumpukan perhatian kepada soal pemerkasaan ekonomi dan pelaburan.

Ahli UMNO terikat dengan perlembagaan parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan penyertaan mana-mana ahli dalam satu pakatan yang tidak dianggotai parti diperincikan dalam Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO.

PRN: UMNO akan buat proses penilaian diri - Asyraf Wajdi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan introspeksi (proses penilaian diri) menyeluruh dan muhasabah dalaman secara terperinci terhadap keputusan pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

PRN: Calon BN DUN Jeram Padang terlibat kemalangan
Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, Negeri Sembilan sementara pemandu dalam keadaan kritikal.