KUALA LUMPUR: Wanita UMNO kini berada dalam 'mod pilihan raya' dengan berbekalkan lima teras iaitu 'Plan (rancangan); Organize (menyusun); Wellbeing (kesejahteraan), Educate (mendidik) dan Ready (bersedia) atau 'POWER'.
Ketuanya Datuk Noraini Ahmad berkata teras itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang semakin hampir dan memastikan pimpinan, jentera dan ahli parti supaya bersiap siaga pada tahap tertinggi.
"Mungkin perhimpunan kali ini perhimpunan terakhir sebelum kita masuk ke medan perang. Apabila semboyan perang dibunyikan, Wanita UMNO telah siap sedia untuk berjuang di medan pertarungan pilihan raya," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di sini hari ini yang dihadiri 954 perwakilan dari 191 bahagian.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa mendengar ucapan dasar Noriani, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO hadir mendengar perbahasan.
PERKEMBANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Dalam pada itu, Noraini berkata kesepakatan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani bersama antara blok kerajaan dan pembangkang perlu diambil kira dalam membuat keputusan berkaitan PRU15.
Sementara itu, Noraini berharap peratusan calon wanita pada PRU15 akan ditingkatkan kepada 30 peratus seperti dijanjikan kepimpinan sebelum ini walaupun pada PRN Johor baru-baru ini Barisan Nasional (BN) meletakkan 25 peratus calon wanita.
"Dalam PRU14, calon wanita BN hanya mewakili 11.7 peratus daripada keseluruhan calon yang ditampilkan. Kita berterima kasih kepada presiden kerana pada PRN Johor, BN meletakkan 25 peratus calon wanita, tetapi kita harap untuk PRU15 kita akan capai 30 peratus," katanya.
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong mencadangkan agar sasaran MyKasih Kapital seramai 5,000 orang yang dibentangkan dalam Bajet 2022 ditingkatkan bagi membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan memandangkan jumlah ibu tunggal di negara ini mencecah 1 juta orang.
"Sasaran 5,000 peserta sangat sedikit, tidak akan membantu memulihkan ramai wanita yang hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat pandemik COVID-19. Ini belum termasuk wanita dari keluarga B40 dan M40 yang juga memerlukan sumber pendapatan tambahan bagi membantu keluarga," katanya.
Seterusnya, Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata usaha mengangkat darjat pendidikan tinggi anak-anak bangsa ke persada lebih tinggi telah dan sedang dilakukan melalui Majlis TVET negara (MTVET) agar TVET tidak lagi menjadi pendidikan kelas kedua.
Noraini turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana membenarkan pengeluaran khas simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 seperti diumum perdana menteri semalam.
"Terima kasih kepada perdana menteri yang begitu prihatin dengan keresahan hidup rakyat, pastinya, ia memberi satu rahmat dan kelegaan yang besar kepada rakyat yang sedang berusaha untuk memulihkankehidupan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Noraini juga berharap peratusan calon wanita pada PRU15 akan ditingkatkan kepada 30 peratus seperti dijanjikan kepimpinan sebelum ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Badminton Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik melangkah ke final!
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka Thailand apabila melangkah final menyingkirkan pasangan tuan rumah sebentar tadi.

Peningkatan ketagihan dalam kalangan belia, gesa larangan vape di seluruh negara - Lee
Larangan terhadap penggunaan produk vape perlu segera dikenakan di seluruh negara bagi menangani peningkatan risiko kesihatan dan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan belia.

Israel tiada hak tentukan masa depan Gaza - Pelapor Khas PBB
Beliau merujuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel menamatkan pendudukan dan membayar pampasan.

Hamas puji pendirian negara-negara Eropah
Hamas memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Ketua Wanita UMNO Setiawangsa, Seriwani Sabtu meninggal dunia
Menurutnya, pemergian Seriwani merupakan satu kehilangan besar dalam parti yang telah aktif sejak penubuhan Puteri UMNO.

PRK Mahkota: Wanita UMNO setuju calon pilihan parti, fokus kemenangan BN
Noraini jamin pihaknya akan membantu kempen termasuk penglibatan jentera dari negeri lain bagi memastikan kemenangan parti pada 28 Sept ini.

PRK DUN Mahkota: Calon BN pasti diterima pengundi - Zambry
Calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pasti merupakan calon yang dapat diterima oleh pengundi kawasan berkenaan.

PRK DUN Mahkota: Wanita UMNO serah tiga nama - Noraini
Wanita UMNO menyerahkan tiga nama kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan menjadi calon bagi PRK DUN Mahkota di Johor.

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun ke-74 kepada Wanita UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-74 buat Wanita UMNO.

DUN Mahkota: Pemilihan calon akan diputuskan pemimpin peringkat nasional - Mohamad
Keputusan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diputuskan pemimpin parti di peringkat nasional, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu.

Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahatul Sakinah, Kampung Tengah Kluang petang tadi.

Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini
Mohd Puad memaklumkan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahad ini.

Belasungkawa: Siti Zaharah Sulaiman pemimpin wanita disegani
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman antara pemimpin wanita disegani dalam pentadbiran negara dan politik.

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.