KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) menjadi medan terbaik untuk mengupas kegagalan UMNO memikat pengundi muda yang semakin menjauhkan diri daripada parti berkenaan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, perhimpunan itu juga sebagai platform kepada setiap perwakilan untuk menghantar mesej dan isyarat jelas suara rakyat yang bukan sahaja ahli parti untuk didengari kepimpinan, malah perlu diberikan penjelasan tentang apa yang dilakukan selepas PRU15.
Beliau berkata, persoalan sebenar faktor penolakan anak muda perlu dibangkitkan ialah apakah sebenarnya kemahuan mereka, adakah menolak kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau mahukan muka baharu sebagai pemimpin yang mampu menerajui UMNO segera.
"Anak muda bukan saja mahu hidup atas dasar perjuangan semata-mata, tetapi mahukan kepimpinan yang ada wawasan, idea dan mampu untuk mengubah kehidupan mereka.
"Ia tidak hanya terikat dengan mimpi-mimpi perkauman yang boleh menyekat proses pembaharuan memperkasakan semula UMNO agar terus berdaya saing dalam arena politik Malaysia," katanya dalam satu pesanan suara pada Rabu.
Sebelum ini, seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengakui kelemahan parti itu meyakinkan pengundi muda menjadi antara punca ia mencatat keputusan buruk pada PRU15.
Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias berkata “post-mortem” sedang dilakukan untuk mencari strategi baharu bagi mengembalikan semula sokongan segmen berkenaan.
Dalam pada itu, Mohammad Tawfik berkata, perwakilan perlu dibenarkan berbahas secara terbuka demi menyampaikan pandangan mereka tanpa ada sekatan atau menentukan hanya perwakilan yang sealiran kepimpinan parti sahaja berucap.
Katanya, ruang itu perlu turut dibuka kepada mereka yang kritikal terhadap kepimpinan parti supaya dapat memberikan input yang baik kepada parti kerana pemimpin datang dan pergi tetapi parti akan terus kekal.
"Dan yang mengekalkan kehidupan perjuangan parti itu sebenarnya perwakilan yang memahami apa yang dirasakan oleh akar umbi sendiri," katanya lagi.
Astro Awani
Wed Jan 11 2023

Dr Mohammad Tawfik berkata, perwakilan perlu dibenarkan berbahas secara terbuka demi menyampaikan pandangan mereka tanpa ada sekatan atau menentukan hanya perwakilan yang sealiran kepimpinan parti sahaja berucap.

AWANI Ringkas: Sultan Johor cadangkan tanah-tanah orang Asli di Johor dijadikan tanah kesultanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri
Aizat Fikri telah dipanggil RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU202.

Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS
Menerusi surat bertarikh 26 Januari itu, RoS menyatakan sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduan yang dibuat.

UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding
UMNO memberi penjelasan kepada RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada PAU2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti tahun ini.

PAU2022: UMNO serah kepada RoS - Zahid
UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan mengenai keabsahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak
Ujar Syed Mohd, RoS perlu bebas daripada campur tangan mana-mana pihak demi keadilan dan demokrasi di negara ini.

PAU2022: Ahmad Maslan akan bertemu RoS dalam masa terdekat
Beliau dan peguam parti akan menjelaskan kepada RoS bahawa proses pengundian dalam PAU 2022 dijalankan mengikut peraturan parti.

UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan
UMNO Bahagian Seremban nafi terlibat dengan tindakan seorang ahlinya yang menghantar notis bantahan keputusan PAU2022 kepada RoS mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ
Khairy menyifatkan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan kepada RoS susulan keputusan PAU2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya sebagai tepat dan berani.

PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.