KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) perlu bergiat aktif menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai dan bersama-sama parti itu memperjuangkan misi dan visinya, kata Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata pemimpin parti sedia ada tidak seharusnya berasa takut atau terancam dengan penglibatan golongan muda dalam parti itu, sebaliknya mereka perlu dilatih dan dipimpin agar mengenali dan memahami asas perjuangan PBS.
"Saya merasakan PBS akan bertambah mantap dengan penglibatan darah muda dalam perjuangan kita. Sebarkan berita baik mengenai PBS dan laungkan keistimewaan parti kita yang berbeza daripada parti-parti lain di Malaysia, kerana perbezaan itu adalah aset kita.
"Marilah bergerak ke hadapan bersama, agar Sabah terus maju jaya... bersatulah kita untuk Sabah tanah airku," katanya dalam ucapan dasar presiden sempena persidangan perwakilan tahunan PBS kali ke-36 dan ke-37 di Dewan Hakka di sini semalam.
Mengenai pemilihan PBS pada tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu berkata 164 ahli parti akan bertanding bagi jawatan-jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Exco, sama ada di peringkat Induk, Wanita dan Pemuda.
Ahli Parlimen Kota Marudu itu mengingatkan ahli yang dipilih perwakilan agar bertanggungjawab dengan jawatan yang diberikan, dengan menggalas tugas dengan penuh dedikasi, adil dan saksama.
"Jangan wujudkan perbalahan di antara pihak yang menang dan kalah. Kita perlu terima apa saja keputusan yang telah dibuat oleh pihak perwakilan, kerana undi itu suara majoriti dari akar umbi," katanya.
Menurutnya PBS yang telah wujud lebih 30 tahun lalu, memerlukan barisan kepimpinan yang berwibawa, bersih dan komited dengan misi mengekalkan kedudukan parti itu agar kekal relevan sepanjang masa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Ongkili ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena persidangan perwakilan tahunan PBS kali ke-36 dan ke-37 di Dewan Hakka, Kota Kinabalu, 30 Jun 2022. - Foto Facebook/Maximus Johnity Ongkili
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
JBPM peruntuk lebih RM2 juta perkasa pasukan bomba sukarela
Terdapat 367 PBS di seluruh negara dengan lebih 8,000 keanggotaan, setakat Disember lepas.
STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.
PBS, STAR dijangka tandatangani memorandum kerjasama sebelum Tahun Baru Cina
Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PBS, STAR sepakat bincang kerjasama dan persefahaman antara parti
PBS dan STAR mencapai kata sepakat untuk memulakan perbincangan rasmi mengenai usaha mewujudkan persefahaman serta kerjasama antara kedua-dua parti.
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.
Langkah gabung PBS, STAR wajar dipertimbang - Joniston
Sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong.
UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan buat masa ini - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.
LDP, PHRS kini komponen GRS - Masidi
LDP dan PHRS menjadi parti terbaru diterima sebagai parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.
JBPM Perak sasar tubuh tujuh PBS Orang Asli tahun ini
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyasarkan untuk menubuhkan sekurang-kurangnya tujuh pasukan bomba sukarela (PBS) yang dianggotai masyarakat Orang Asli.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.