awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PCS sedia kerjasama dengan GRS, parti Persekutuan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2022
02:24 MYT
PCS sedia kerjasama dengan GRS, parti Persekutuan
ANIFAH: Kita kena bekerja dengan parti dari Persekutuan sebab kalau kita bekerja dengan Sarawak pun tidak mencukupi. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bersedia membentuk rakan sekutu dengan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau Persekutuan jika ia memberi manfaat kepada semua pihak termasuk rakyat di negeri ini.
Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya akan meneliti kerjasama itu mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
"Tengok keadaan, kalau mereka letak syarat, kalau masuk jangan minta itu, minta ini, jangan suara ini, tiada point juga. Jadi mungkin ikut terma dan syarat.
"Kalau sekiranya ia baik untuk parti, baik untuk kita, baik untuk rakyat, kita akan pertimbangkan. Kalau kata gabungan atau bersekutu, kita mesti sebagai 'equal partner' itu yang kita mahu tahu," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis turut mencadangkan supaya parti tempatan di negeri ini bergabung dalam sebuah gabungan yang didaftarkan bagi menuntut hak rakyat Sabah.
"Ini saya harap apabila mereka masuk GRS, mereka daftarkan jadi bolehlah orang kita berjuang untuk Sabah tetapi kita mesti ada diplomasi juga.
"Kita bukan mahu berkonfrontasi tetapi kita bersama, cuma Kuala Lumpur (Persekutuan) harus beri kita penghormatan.
"Kita kena bekerja dengan parti dari Persekutuan sebab kalau kita bekerja dengan Sarawak pun tidak mencukupi," katanya.
Diminta mengulas pandangan beliau berhubung cadangan untuk mendaftarkan GRS sebagai gabungan parti yang rasmi, beliau yang juga bekas Menteri Luar bersetuju dengan perkara itu.
"Ia bagus dari awal saya katakan, kita bukan ketepikan UMNO tetapi kita terus kepada GRS iaitu semua parti adalah ahli sama ada Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan lain-lain dengan menggunakan lambang sama," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Parti Cinta Sabah
#Anifah Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan