awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejuang didaftar secara rasmi, guna huruf jawi 'Pa' sebagai logo

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
19/08/2020
09:49 MYT
Pejuang didaftar secara rasmi, guna huruf jawi 'Pa' sebagai logo
Logo berwarna biru pantone itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad didaftarkan secara rasmi hari ini dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo.
Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna ‘biru pantone’ itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
“Nama parti guna lambang dengan huruf 'Pa', bermaksud pejuang dengan tiga titik di atas, melambangkan tiga rukun – Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.
“Kita harap ini menjadi satu simbol perjuangan kita khususnya masyarakat Melayu dan amnya rakyat Malaysia,” katanya selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti itu di Pendaftar Pertubuhan.
BACA: Tun M kongsi gambar di IG, dipercayai daftar Pejuang
Selain Muhkriz dan Dr Mahathir, lima lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang.
Lima penaja itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nur Khairi Ahmad.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak hadir di Pejabar Pendaftar Pertubuhan.
Mukhriz berharap Pendaftar Pertubuhan dapat meluluskan Pejuang dengan segera agar mereka dapat menyertai proses demokrasi negara secara rasmi.
"Seperti biasa ROS akan meneliti setiap butiran permohonan ini untuk pastikan kita memenuhi semua syarat dalam Akta Pertubuhan 1966.
"Kita harap pihak ROS dapat meluluskan pendaftaran ini sesegera yang mungkin, agar kami dapat ambil peranan secara langsung dalam demokrasi di negara ini sebagai parti berdaftar," katanya lagi.
Mukhriz dan lima yang lain menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim.
Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang bernama Pejuang.
Parti itu, katanya tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#Amiruddin Hamzah
#Bur Khairi Ahmad
#Dr Maszlee Malik
#Mahathir Mohamad
#Marzuki Yahya
#Mukhriz Mahathir
#Parti Pejuang Tanahair
#Pejuang
#Shahruddin Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan