POLITIK
Pelantikan Hannah ikut prestasi, status Melayu bukan tanda kebal rasuah - Pemuda Amanah WP
Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan menyifatkan, Hannah bukan calon uji kaji kerana beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang terbukti, termasuk pernah menjawat Menteri Belia dan Sukan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan perlu dinilai berdasarkan prestasi dan keupayaan mentadbir, bukan melihat latar kaum atau agama kerana ia adalah sentimen sempit yang memecah-belahkan rakyat.
Ringkasan AI
Kenyataan itu dibuat Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan sebagai maklum balas terhadap kritikan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang mempertikai pelantikan Hannah Yeoh ke jawatan berkenaan.
Menurutnya, kenyataan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu lebih mencerminkan sentimen perkauman berbanding penilaian jujur terhadap pengalaman sebenar seorang pemimpin.
“Hannah Yeoh bukan calon eksperimen dan bukan tokoh yang muncul secara tiba-tiba. Beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang terbukti, pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dan kini merupakan Ahli Parlimen Segambut, sebuah kawasan bandar yang padat, kompleks dan majmuk, selari dengan realiti Wilayah Persekutuan.
“Sebagai Ahli Parlimen Segambut, beliau dikenali dengan pendekatan turun padang dan kerja berterusan, membantu rakyat tanpa mengira kaum atau agama. Isu perumahan rakyat, kebajikan bandar, bantuan bencana, sokongan kepada belia, sekolah, rumah ibadat serta pelbagai persatuan komuniti telah ditangani secara konsisten. Ini bukan retorik politik, tetapi rekod kerja yang boleh dinilai dan dipertanggungjawabkan,” katanya.
Tambah kenyataan itu, sejarah politik negara memberi pengajaran yang pahit untuk ditelan iaitu status sebagai Melayu dan Muslim tidak menjadikan seseorang kebal daripada rasuah atau salah guna kuasa.
Katanya, cubaan menggambarkan hanya individu daripada kaum atau agama tertentu layak menjadi menteri adalah naratif berbahaya, bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Bagi memastikan hak dan kepentingan orang Islam terus dipelihara, mereka turut menyatakan kesediaan bertindak sebagai rakan konstruktif kepada Menteri Wilayah Persekutuan.
“Malaysia tidak akan melangkah ke hadapan jika politik terus dibina atas ketakutan dan perkauman. Wilayah Persekutuan memerlukan kepimpinan yang bersih, berwibawa dan inklusif. Berdasarkan rekod dan pengalaman, kami percaya Yang Berhormat Hannah Yeoh memiliki kelayakan tersebut,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran.
Ringkasan AI
- Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan menegaskan pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan perlu berdasarkan prestasi dan keupayaan mentadbir, serta bukan berdasarkan latar belakang kaum atau agama.
- Hannah Yeoh dilihat sebagai pemimpin berpengalaman dengan rekod perkhidmatan yang terbukti, menjalankan tugasnya tanpa mengira faktor perkauman, dan memiliki rekod kerja yang boleh dipertanggungjawabkan.
- Kritikan yang menggambarkan hanya individu dari kumpulan tertentu layak menjadi menteri dipandang sebagai naratif berbahaya yang tidak selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, manakala orang Islam pula menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Hannah Yeoh.