POLITIK
Peletakan jawatan: Selamat maju jaya saudara Rafizi - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim ucap selamat maju jaya kepada Rafizi Ramli susulan pengumuman perletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi.
- Anwar belum umum pengganti Rafizi, tetapi akan menetapkan menteri lain untuk mengambil alih tugas tersebut dalam masa terdekat.
- Kementerian Ekonomi kekal wujud dan tidak akan dikembalikan ke bawah EPU, dengan Anwar menegaskan tiada isu besar dan kerajaan akan terus bergerak ke hadapan.
“Saya ucap selamat maju kepada saudara (Datuk Seri) Rafizi Ramli, yang telah berkhidmat begitu baik sebagai Menteri Ekonomi dan sekarang saya akan putuskan waktunya untuk mana-mana menteri, atau kementerian menjalankan tugas,” katanya.
Malah Anwar turut mengesahkan kementerian tersebut tidak akan dibubarkan atau diletakkan semula sebagai Ekonomi Perancang Unit (EPU) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Tidak..tiada isu dan masalah kita harus move on,” jawabnya ringkas semasa ditemui media selepas menyampaikan ucaptama semasa Persidangan Energy Asia 2025 di sini, hari ini.
Namun Anwar turut mengulangi kenyataannya untuk memberi ruang kepada Rafizi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Ahmad untuk menarik balik keputusan mereka.
“Saya selalu tunggu bagi peluang, fikir, renung dan saya bagi pandangan kalau boleh teruskan khimat.
“Buat apa nak suruh terima kawan (kedua-dua menteri) tu masih cuti, tarikh belum sampai orang berkhidmat dengan baik,” katanya.
Nik Nazmi juga bertindak seperti Rafizi di mana prletakan jawatan mereka berkuat kuasa selepas selesai bercuti pada Julai nanti.
Kedua-duanya gagal mempertahankan jawatan kanan semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei.
Bercakap mengenai Rancangan Malaysia ke-13 Anwar berkata kementerian sedang melaksanakan perubahan melibatkan angka dan unjuran susulan keadaan ekonomi dan kenaikan tarif import yang telah diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada April.
“RMK adalah kerja jemaah menteri keseluruhannya..dan perubahan banyak berlaku terutama senario ekonomi sekarang dengan tarif jadi banyak angka unjuran diubah, minggu lalu ada mesyuarat untuk mendegar dari kementerian apa perubahan penyesuaian dan dasar baru kementerian,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami