Pelucutan darjah kebesaran: Ahmad Razif reda dengan titah Sultan Terengganu

Bernama
April 25, 2016 15:32 MYT
AHMAD RAZIF:Saya reda dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah-anugerah tersebut. - Gambar fail
Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman reda dengan keputusan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya.
Katanya sebagai rakyat dan pemimpin, beliau akan tetap membuktikan taat setia kepada Sultan Mizan.
"Saya akan terus taat setia dan kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi saya masih memegang jawatan.
"Saya reda dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah-anugerah tersebut.
"Yang penting, kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, malam ini.
Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat, 22 April.
BACA: Isu gelaran ditarik: Ahmad Razif elak bertemu wartawan
BACA: Najib jumpa Sultan Mizan bincang krisis kepimpinan negeri Terengganu
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.
#Ahmad Razif Abdul Rahman #krisis menteri besar #mizan zainal abinil #terengganu