awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2023
06:51 MYT
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Muhyiddin yang kesal dengan dakwaan itu menegaskan pelupusan hutang telah dilaksanakan ketika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merupakan satu pembohongan.
Muhyiddin yang kesal dengan dakwaan itu menegaskan pelupusan hutang telah dilaksanakan ketika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri.
"Pelupusan hutang peneroka Felda telah pun dilaksanakan ketika saya menjadi Perdana Menteri. Hal ini disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023 di mana pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksanakan pada tahun 2021.
"Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai Felda, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan," katanya dalam sebuah hantaran di Facebook pada Sabtu.
Jelas beliau lagi, mantan Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh juga telah membuat kenyataan pada 24 Februari 2023 bahawa pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021.
Sementara itu, beliau memaklumkan dirinya bukan seorang yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji.
"Saya bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji. Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar Ibrahim.
"Dengan pembohongan yang terbaharu ini, semakin jelas Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang layak untuk kekal menjadi Perdana Menteri," katanya.
Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata pemansuhan 80 peratus hutang peneroka Felda yang dibuat kerajaan terdahulu tidak disertai sebarang kelulusan.
Anwar berkata kerajaan PN hanya membuat pengumuman pelupusan hutang berjumlah RM8.3 bilion tersebut.
Topic Berkaitan
#Felda
#Idris Jusoh
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan