POLITIK
Pemangku menteri diperlukan tangani isu kritikal, pastikan urusan negara lancar - Johari

Johari memukul gong sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan di Dewan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Pelantikan pemangku bagi jawatan menteri yang dikosongkan merupakan langkah penting bagi memastikan kelancaran urusan kementerian, terutama menjelang sidang Parlimen yang dijadual bermula 21 Julai ini, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ringkasan AI
- Pemangku menteri dilantik bagi kekosongan jawatan kritikal: Pelantikan segera pemangku menteri seperti Johari Abdul Ghani dan Amir Hamzah Azizan penting untuk kelancaran urusan kementerian menjelang sidang Parlimen dan memuktamadkan RMK-13.
- Peletakan jawatan menteri susulan pemilihan parti: Nik Nazmi dan Rafizi meletak jawatan selepas gagal pertahan jawatan dalam pemilihan PKR, menyebabkan kekosongan dalam Kementerian Sumber Asli dan Kementerian Ekonomi.
- Langkah interim untuk pastikan kesinambungan pentadbiran: Perdana Menteri melantik pemangku bagi memastikan isu kritikal ditangani segera dalam tempoh satu hingga dua bulan sebelum pengisian jawatan tetap.
"Justeru, jawatan sebagai pemangku ini diberi supaya isu-isu kritikal dapat diselesaikan dalam tempoh satu atau dua bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan 2025, di sini hari ini.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan bahawa Johari diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta.
Pada 28 Mei lepas, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa pada 4 Julai.
Pada 28 Mei lepas, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa 4 Julai.
Sementara itu, pada 27 Jun lepas, Shamsul Azri turut mengumumkan bahawa Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab sebagai pemangku Menteri Ekonomi, berkuat kuasa serta-merta, susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli yang berkuat kuasa 17 Jun 2025.
Rafizi dan Nik Nazmi masing-masing meletak jawatan selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti yang diadakan Mei lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami