awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembahagian kerusi antara parti komponen GPS hampir selesai

Bernama
Bernama
23/11/2021
08:08 MYT
Pembahagian kerusi antara parti komponen GPS hampir selesai
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunjukkan tahun Kempat beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak ketika berucap pada majlis Makan Malam bersama Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berdepan masalah besar berhubung pembahagian 82 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara empat parti komponennya bagi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hanya ada sedikit masalah tetapi ia boleh diselesaikan kelak melalui perbincangan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan tiga kerusi iaitu Opar, Mambong dan Bawang Assan, iaitu tiga kerusi tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), tetapi ketiga-tiga penyandang iaitu Datuk Ranum Mina (Opar), Datuk Dr Jerip Susil (Mambong) dan Datuk Seri Wong Soon Koh sudah keluar meninggalkan SUPP untuk menubuhkan Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Jerip bagaimanapun keluar dari PSB untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Kepada soalan lain berhubung calon parti komponen mana akan diletak bertanding di kerusi Mambong, Abang Johari berkata perkara itu akan dibincangkan nanti.
Ditanya apakah pemilihan calon GPS dibuat berdasarkan parti atau personaliti, beliau berkata perkara itu juga akan diputuskan dalam perbincangan antara empat parti komponen, iaitu PBB, SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN pada PRN akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GPS
#Gabungan Parti Sarawak
#pembahagian kerusi
#PRN Sarawak
#pilihan raya negeri
#DUN
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan