awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembubaran Parlimen mesti dibincang semua parti gabungan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2022
00:15 MYT
Pembubaran Parlimen mesti dibincang semua parti gabungan
MOHD REDZUAN: Sesungguhnya, kegagalan penyatuan ummah hanya akan merugikan dan menguntungkan pihak lain. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pembubaran Parlimen wajar dibincangkan bersama semua parti politik yang terlibat membentuk gabungan dalam kerajaan sebelum mendapat persetujuan kabinet dan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, perkara tersebut penting bagi mengelakkan berlakunya pertembungan ketika pembahagian kerusi.
Menurutnya, kesilapan dalam isu berkenaan akan memberi kesan kepada penyatuan ummah yang telah dicapai sebelum ini.
“Kita perlu sedar bahawa kerajaan hari ini merupakan kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN), BN dan Gabungan Parti Sarawak.
“Sesungguhnya, kegagalan penyatuan ummah hanya akan merugikan dan menguntungkan pihak lain,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu dibuat susulan laporan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijangka mengadakan pertemuan bersama lima pimpinan tertinggi (Top 5) UMNO bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berkemungkinan diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan.
Perbincangan itu turut melibatkan rakan komponen UMNO yang lain dalam gabungan Barisan Nasional seperti parti MCA dan MIC.
Pada masa yang sama, Mohd Redzuan turut mengingatkan kerajaan agar menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi negara. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#PRU15
#Mohd Redzuan Md Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan