awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
Pendidikan awal: KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid, tumpu persiapan maksimum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian

Bernama
Bernama
03/11/2024
08:45 MYT
Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian
Abdul Rahim (kiri) dan Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian dalam Pemilihan Bersatu. - Gambar fail
MELAKA: Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu yang berlangsung semalam.
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mas Ermieyati yang juga Ketua Srikandi Bersatu menang selepas menerima 150 undi manakala lawannya, bekas Pengerusi Tetap bahagian itu Rosni Sham Samion pula hanya meraih empat undi.
Dalam pada itu, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menang jawatan Ketua Bersatu Bahagian Alor Gajah dalam saingan satu lawan satu.
Beliau menerima 105 undi sekali gus menewaskan pencabarnya, Mohd Zamri Abu Bakar yang mendapat 56 undi.
Di Tangga Batu pula, jawatan Ketua Bersatu bahagian itu kini disandang Ramlan Meon yang menang dengan 79 undi selepas menewaskan bekas jurukamera sambilan TV3 Mohd Hanafiah Hamzah yang meraih 26 undi.
Penyandang jawatan Ketua Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya Mohd Azrudin Md Idrus menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar mana-mana pihak.
Bersatu Bahagian Jasin dan Kota Melaka pula sedang digantung dan hanya dibenarkan mengadakan persidangan serta pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemilihan Bersatu
#Mas Ermieyati Samsudin
#Abdul Rahim Tamby Chik
#ketua bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan