awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PBS pentas kenal pasti calon layak terajui parti tiga tahun akan datang

Bernama
Bernama
29/06/2022
12:00 MYT
Pemilihan PBS pentas kenal pasti calon layak terajui parti tiga tahun akan datang
Pemilihan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dijadual berlangsung esok, bakal menjadi pentas bagi mengenal pasti calon paling layak menggantikan Presiden parti Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam tempoh tiga tahun akan datang.
KOTA KINABALU: Pemilihan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dijadual berlangsung esok, bakal menjadi pentas bagi mengenal pasti calon paling layak menggantikan Presiden parti Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Naib Presiden PBS Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata PBS kini dalam proses transisi kepimpinan dan semua perwakilan terbuka untuk memilih sesiapa sahaja dalam parti yang difikirkan mampu menerajui kepimpinan parti dengan lebih baik.
"Presiden parti (Ongkili) sudah mengatakan ini mungkin penggal terakhirnya. Kami (PBS) dalam peralihan untuk mencari siapa lebih layak dan siapa akan memimpin PBS," katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan rasmi Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu di sini hari ini.
Semalam, Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) ketika merasmikan Kongres Tahunan Sayap Wanita dan Pemuda PBS, mengumumkan beliau memberikan tempoh tiga tahun kepada parti untuk mencari tokoh yang akan mengambil alih jawatannya menerajui parti itu.
Ongkili dijangka mengekalkan jawatannya tanpa pertandingan pada pemilihan esok manakala jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan persaingan antara Joachim dan Setiausaha Agung PBS Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Joachim berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan PBS dalam membuat pemilihan memandangkan masing-masing mempunyai pendekatan dan gaya kepimpinan berbeza, selain mereka bertanggungjawab untuk membantu presiden seterusnya memperkukuh parti selepas dipilih kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PBS
#Parti Bersatu Sabah
#Maximus Ongkili
#Joachim Gunsalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan