awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat

Bernama
Bernama
13/04/2025
02:50 MYT
Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat
Fahmi bercakap pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di IWK Eco Park Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, mengesahkan untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung Mei ini.
"Saya telah mengunjungi beberapa negeri dan berbincang dengan ramai pemimpin. Setelah meneliti keperluan dan mempertimbangkannya secara mendalam, saya membuat keputusan... bahawa saya akan bertanding jawatan MPP. Tujuannya adalah untuk memperkukuh parti dan memberi nafas baharu kepada kepimpinan MPP.
"Insya-Allah, saya akan berusaha bersama rakan-rakan untuk menjalankan kempen secara sihat dan menzahirkan satu bentuk kepimpinan yang baharu. Ini penting kerana kepimpinan inilah yang akan membawa parti, bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, menuju Pilihan Raya Umum ke-16," katanya.
Menteri Komunikasi itu berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai, di sini, malam tadi.
Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang telah bermula 11 April dan akan berlangsung sehingga 20 April.
Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP), dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) dijadualkan pada 24 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#pemilihan PKR
#Majlis Pimpinan Pusat
#Ketua penerangan PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan