[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
POLITIK

Pemilihan PKR: Rafizi dakwa menang di Terengganu, Kelantan

Raja Hisyam Raja Zaid 05/10/2018 | 15:43 MYT
Rafizi mendakwa memperolehi jumlah undian keseluruhan peringkat negeri itu dengan 5,211 undi berbanding Mohamed Azmin yang meraih 4,922 undi. - Astro AWANI/Fail
Pemilihan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi negeri Kelantan menyaksikan Naib Presiden partinya, Rafizi Ramli menang dengan menewaskan pencabarnya yang juga merupakan penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Rafizi memperolehi jumlah undian keseluruhan peringkat negeri itu dengan 5,211 undi berbanding Mohamed Azmin yang meraih 4,922 undi.
Ia membabitkan pengundian yang berlangsung di 14 cabang PKR seluruh Kelantan pada Jumaat. Rafizi menang di sembilan cabang daripada 14 cabang tersebut.
Rafizi dalam entrinya di laman Facebook juga mendakwa bahawa beliau telah memenangi pemilihan Kerusi Timbalan Presiden di dua buah negeri termasuk Kelantan dan Terengganu.
Namun setakat ini, Terengganu masih belum mengumumkan keputusan rasmi.
Bagaimanapun, Rafizi mendakwa keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan bahawa beliau telah memenangi tujuh daripada lapan cabang pemilihan di Terengganu.
BACA: Pemilihan PKR: Rafizi tewaskan Azmin di Kuala Terengganu
#Azmin Ali #pemilihan PKR #Rafizi Ramli