awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Rohani tewas lepas hampir 12 tahun terajui Ketua Wanita Cabang Putrajaya

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2025
13:28 MYT
Pemilihan PKR: Rohani tewas lepas hampir 12 tahun terajui Ketua Wanita Cabang Putrajaya
Rohani Hussin (kiri) tewas kepada Fasyarini Azahari untuk merebut jawatan Ketua Wanita Cabang Putrajaya.
KUALA LUMPUR: Selepas hampir 12 tahun menerajui Ketua Wanita Cabang Putrajaya, Rohani Hussin akhirnya tewas dalam saingan merebut jawatan itu kepada pencabar, Fasyarini Azahari, dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi sesi 2025.
Fasyarini meraih 20 undi, menewaskan Rohani yang hanya memperoleh 15 undi daripada 35 kertas undi yang dikeluarkan.
Kekalahan Rohani dilihat membuka ruang kepada wajah baharu untuk menerajui agenda wanita di peringkat akar umbi.
Dalam pertandingan Timbalan Ketua Wanita Cabang pula, calon Sateerah Hassan turut mencatat kemenangan dengan 20 undi, menewaskan Thuraiya Abdul Aziz yang meraih 14 undi.
Sementara itu, bagi jawatan Naib Ketua Wanita Cabang Putrajaya pula, Rossilawati Kamis berjaya meraih kemenangan selesa selepas menewaskan pencabarnya, Siti Asmah Adam @ Ahmad.
Rossilawati memperoleh 23 undi, berbanding Siti Asmah yang hanya meraih 11 undi. Keputusan ini adalah berdasarkan 35 kertas undi yang dikeluarkan daripada 48 ahli wanita yang layak mengundi.
Topic Berkaitan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Wilayah Persekutuan
#ketua wanita putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan