Pemilihan PKR kali ini menyaksikan pertama kali pengundian dibuat secara dalam talian menerusi e-voting bagi melancarkan dan mempercepatkan proses mengundi membabitkan lebih 800,000 anggota parti itu di seluruh negara.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti sedang menjalankan ujian terhadap sistem e-voting itu bagi mengenal pasti sebarang masalah yang ada supaya dapat dikemas kini sebelum berlangsung pemilihan pada Ogos hingga September ini.
"Pada dua pemilihan parti sebelum ini PKR menggunakan kertas bagi proses mengundi, kali ini online.
"Anggota parti hanya perlu hadir di pusat pengundian dan tunjukkan kad pengenalan bagi mengesahkan keahlian sebelum terus ke gajet yang kami sediakan untuk mengundi serta klik calon yang mereka pilih," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Bayan Baru, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata menerusi sistem e-voting itu juga proses pengiraan undi akan dilakukan secara automatik dalam sistem dan keputusan penuh akan diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan PKR selepas proses mengundi selesai.
Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata parti merancang menjalankan proses pengundian mengikut zon dan persiapan rapi sedang dijalankan supaya ia berjalan lancar kerana PKR satu-satunya parti yang memberi hak kepada setiap anggotanya memilih pemimpin parti.
"PKR menerima lebih 300,000 anggota baharu mendaftar menyertai parti itu sejak 9 Mei hingga 26 Jun lepas dan sekarang ini kami mempunyai lebih 800,000 anggota parti, semua mereka akan mengundi pada pemilihan kali ini," katanya.
Sementara itu, Saifuddin Nasution menafikan penetapan kadar yuran sehingga mencecah puluhan ribu ringgit yang dikenakan ke atas calon yang mahu bertanding pada pemilihan parti kali ini seperti yang tular di media sosial.
Katanya memang terdapat cadangan yuran dikenakan kepada calon bertanding dan ia telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan PKR kerana duit itu akan digunakan untuk membiayai serta menampung kos pemilihan PKR kali ini.
"Yuran itu untuk membiayai kos pemilihan parti kerana kami tiada sesiapa yang menaja serta perlu mencari sumber kewangan sendiri tetapi mereka yang mahu bertanding tidak perlu bimbang kerana jumlah (yuran) yang akan dikenakan adalah rendah dan mampu untuk calon bayar.
"Yang ditularkan itu bukanlah jumlah yang PKR telah tetapkan, ia dicadangkan serta masih di peringkat rundingan dan saya beri jaminan yuran dikenakan munasabah... kami akan keluarkan pekeliling (yuran dikenakan) dalam masa terdekat," katanya.'
Baru-baru ini, tersebar di media sosial berhubung peraturan pemilihan PKR yang menetapkan syarat kepada anggota yang ingin bertanding untuk membayar yuran mengikut kadar tertentu.
Difahamkan calon bagi jawatan presiden perlu membayar RM25,000, timbalan presiden (RM20,000), naib presiden (RM10,000) dan anggota Majlis Kepemimpinan Pusat (RM5,000) manakala di peringkat sayap, jawatan ketua (RM10,000), timbalan ketua (RM7,000), naib ketua (RM5,000) dan anggota Majlis Kepemimpinan (RM3,000) serta di peringkat cabang pula dikenakan yuran antara RM500 hingga RM200.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
Saifuddin Nasution menafikan penetapan kadar yuran sehingga mencecah puluhan ribu ringgit yang dikenakan ke atas calon yang mahu bertanding pada pemilihan parti kali ini seperti yang tular di media sosial. --fotoBERNAMA
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
AWANI 7:45 [04/05/2024] – Warisi banyak hutang | Terhempas di kawasan ladang | Keadaan cuaca tidak menentu | Pergaduhan dua kumpulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Wan Azizah ingatkan ahli PKR bersatu teruskan perjuangan parti
Dr Wan Azizah berkata peringatan tersebut penting kerana perpecahan boleh merosakkan parti yang ditubuhkan dengan semangat reformasi itu.
KBS masih kenal pasti lokasi sesuai bina velodrom terbuka - Hannah
Sukan berkenaan merupakan antara yang menyerlah serta menyumbang pingat di kejohanan dalam dan luar negara.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Bebas lancar manifesto, kemuka 20 tawaran
Calon Bebas Nyau Ke Xin hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang mengandungi 20 tawaran.
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
Daftar pemilih tambahan Januari 2023 dibuka untuk semakan - SPR
DPT BLN1/2023 mengandungi 39,604 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 1 hingga 31 Jan yang didaftarkan secara automatik.
DUN Sabah tidak akan terbubar automatik - Speaker
Speaker menyangkal dakwaan pihak tertentu mengatakan ada risiko pembubaran DUN secara automatik jika tiada persidangan dibuat sebelum 1 Ogos 2021.
MEF cadang moratorium pinjaman automatik tanpa perlu permohonan
MEF turut berharap kemudahan untuk moratorium pinjaman tidak terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor.
Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40
Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas.
Kuat kuasa undi 18 tahun pada PRU15 - Pemuda Gerakan
Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Wong Chia Zhen berkata penguatkuasaan tersebut termasuk pendaftaran pemilih secara automatik.
Perbaiki proses undi pos antara tumpuan SPR - Azmi
Sebuah jawatankuasa khusus diketuai Ahli SPR Datuk Chin Phaik Yoong sedang mengkaji perkara berkenaan terutamanya dalam menyelesaikan pelbagai isu undi pos.
Kanak-kanak lelaki enam tahun terperangkap dalam kereta
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terperangkap kira-kira 30 minit di dalam sebuah kereta selepas kenderaan itu terkunci sendiri ketika ibunya keluar ke rumah jiran.
SPR, JPN tubuh pasukan petugas khas selaras undi 18 tahun
Jawatankuasa itu bertindak menyelaraskan maklumat warganegara dan perkara lain yang berkaitan.
Pelaksanaan undi 18 tahun, pendaftaran automatik perlu masa - SPR
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa banyak perkara perlu dilakukan sebelum pihak terlibat sebulat suara untuk tentukan tarikh pelaksanaannya.
PH setuju anak muda umur 18 tahun berhak undi, didaftarkan secara automatik
Perdana Menteri memberitahu pemberita selepas mesyuarat majlis presiden PH itu di sini hari ini bahawa turut dipersetujui ialah pendaftaran pengundi berumur 18 tahun secara automatik.