MELAKA: Tiga ketua UMNO bahagian di Melaka menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu kali ini, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Mustafa Musa.
Beliau berkata mereka ialah Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Masjid Tanah), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Kota Melaka) dan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (Hang Tuah Jaya).
"UMNO bahagian Jasin pula menyaksikan pertandingan sengit empat penjuru membabitkan penyandangnya Datuk Hasan Abd Rahman dengan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan, Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh serta Datuk Mohd Yusof Osman.
"Tangga Batu pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu membabitkan penyandang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dengan Ketua Pergerakan Pemudanya Datuk Rais Yasin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mustafa berkata Alor Gajah juga menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Datuk Rospandi Leman dan ketua pergerakan pemudanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Fairul Nizam Roslan.
"Kita menjangkakan pertandingan pada kali ini adalah sengit namun pada masa yang sama membuktikan kesuburan proses demokrasi dalam UMNO.
"UMNO bahagian juga diberi kebenaran untuk mengadakan majlis memperkenalkan calon masing-masing selain galakan berkempen menggunakan media sosial namun perlu mematuhi peraturan ditetapkan iaitu tidak memfitnah atau memburukkan calon lain," katanya.
Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Feb ini.
Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Ab Rauf (gambar) adalah salah seorang daripada tiga ketua UMNO bahagian di Melaka yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu kali ini. - Fail/Astro AWANI
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
Pemilihan UMNO: Sik sengit, ketua bahagian hanya menang satu undi
Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di negeri Kedah menyaksikan Sik menjadi bahagian paling sengit apabila jawatan Ketua Bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.