IPOH: Empat bekas Ketua UMNO Bahagian di Perak gagal dalam cubaan untuk membuat ‘comeback’ selepas mereka tewas dalam pemilihan parti hari ini.
Mereka ialah Datuk Rosli Husin (Bukit Gantang), Datuk Samsudin Abu Hassan (Tapah), Datuk Hamzah Kasim (Gopeng) dan Datuk Abd Manaf Hashim (Beruas).
Rosli hanya mendapat 20 undi dalam pertandingan tiga penjuru yang dimenangi bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie yang memperolehi 261 undi.
Seorang lagi calon, Pemangku Ketua UMNO bahagian, Mohd Kamaruddin Abu Bakar memperolehi 236 undi.
Di Tapah, Samsudin memperolehi 111 undi, tewas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin yang memperolehi 213 undi.
Di Gopeng pula, Hamzah memperolehi 116 undi, tewas kepada penyandang, Datuk Hang Tuah Din yang mendapat 231 undi.
Di Beruas, Abd Manaf hanya mendapat 81 undi, tewas kepada Ketua Bahagian, Datuk Azhar Ahmad yang memperolehi 283 undi.
Sementara itu, Setiausaha UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah kekal sebagai Ketua Bahagian Tambun selepas menewaskan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu, Faridzul Azlan Abd Shani.
Aminuddin memperolehi 307 undi manakala Faridzul Azlan memperolehi 118 undi.
Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun pula kekal sebagai Ketua Bahagian Sungai Siput selepas memperolehi 242 undi, menewaskan anak saudaranya, Mohd Husnuz Zaim Mohd Padil yang mendapat 167 undi.
Sebelum ini, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Azian Osman memang tanpa bertanding Ketua Bahagian Lenggong dan Ipoh Timor.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Mar 18 2023

Para Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong ketika proses mengundi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong hari ini. - Foto BERNAMA

MAG, Chooose jalin kerjasama inisiatif nyah karbon industri penerbangan
Malaysia Aviation Group, bekerjasama dengan syarikat teknologi iklim yang berpangkalan di Norway, Chooose, untuk membangunkan penyelesaian perisian iklim.

KPM, KKR kerjasama pantau sekolah daif
KPM akan bekerjasama dengan KKR dalam usaha memantau bangunan sekolah daif di seluruh negara supaya keselamatan murid dapat diutamakan.

Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.

Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.

SRC International: 'Najib sendiri penyebab gagal rayuannya' - Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan memutuskan Najib sendiri sebenarnya menjadi penyebab prosiding rayuan bagi kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd tidak didengar oleh panel hakim terdahulu.

Lelaki warga emas didakwa perdaya dua lelaki
Mohd Logan Abdullah mengaku tidak bersalah atas kertas pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

PBT pasang CCTV perangi pembuangan sampah haram
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) melaksanakan pelbagai usaha untuk membasmi tapak pembuangan sampah haram, termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi hotspot.

Persembahan kurang sopan, PU Syed tegur artis, penganjur majlis berbuka puasa
Pendakwah selebriti, PU Syed menegur tindakan penganjur sebuah majlis berbuka puasa, susulan pemilihan persembahan yang dibuat pada majlis itu.

PM Anwar akan umum hasil lawatan ke China
Kerajaan dijangka mengumumkan tiga kemajuan besar yang dicapai hasil lawatan rasmi empat hari Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Pemilihan UMNO: Empat bekas ketua bahagian di Perak gagal buat 'comeback'
Empat bekas Ketua UMNO Bahagian di Perak gagal dalam cubaan untuk membuat 'comeback' selepas mereka tewas dalam pemilihan parti hari ini.

Rasuah: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan kekal dipenjara lapan tahun, denda RM977,560
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 terhadap bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail atas 10 pertuduhan menerima rasuah RM193,512.

Jasa, sumbangan Samsudin di DUN Sekong sentiasa dihargai - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas ADUN Sekong, Sabah Datuk Samsudin Yahya yang meninggal dunia petang tadi.

Khairuddin pencetus pendedahan skandal 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu Khairuddin ialah pencetus kepada pendedahan skandal 1MDB yang membawa kepada kejatuhan kerajaan BN pada PRU14.