awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
29/01/2023
09:13 MYT
Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan pemilihan tidak terganggu, parti juga melantik pentadbir bahagian yang akan mengendalikan pemilihan di bahagian digantung itu. - Gambar fail/Sinar Harian
PONTIAN: Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan pemilihan tidak terganggu, parti juga melantik pentadbir bahagian yang akan mengendalikan pemilihan di bahagian digantung itu.
"UMNO Bahagian yang digantung hanya Arau (Perlis) dan Tanah Merah (Kelantan) setakat ini. Pemilihan membabitkan kedua-dua bahagian ini tetap akan dilaksanakan.
Pemilihan kedua-dua bahagian tersebut akan diuruskan oleh pentadbir bahagian yang dilantik, seperti Datuk Rozabil Abdul Rahman dilantik sebagai Pentadbir UMNO Bahagian Arau," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Tangki Air Baharu Benut, di sini, hari ini.
Pada 5 Jan lepas, Majlis Tertinggi UMNO menggantung UMNO Bahagian Arau berikutan wujudnya pelbagai perbuatan sabotaj terhadap parti ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Bahagian Tanah Merah pula digantung berkuat kuasa pada 16 Jun 2020 dan kini bahagian itu ditadbir jawatankuasa sementara.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata pemilihan dan mesyuarat UMNO melibatkan 191 bahagian dan 22,000 cawangan akan diadakan bermula dari 1 Feb hingga 18 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#UMNO Bahagian
#digantung
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan