KUALA LUMPUR:Sudah sampai masanya pemimpin politik yang mewakili kelompok Melayu 'duduk semeja' mencari jalan untuk memperbaiki keretakan perpaduan kaum sendiri.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, sekarang bukan masa mana-mana pemimpin politik Melayu untuk berhujah dengan jumlah sokongan yang dimiliki, penolakan individu tertentu sebagai Perdana Menteri, meruntuhkan kerajaan sedia ada dan menyebarkan pelbagai provokasi serta fitnah ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
"Saya merayu kepada pemimpin politik Melayu supaya menghentikan hujah 'bagaimana dan apa akan jadi kepada masa depan politik kita', sebaliknya berfikirlah secara ikhlas 'bagaimana nasib dan masa depan orang Melayu dan umat Islam jika kita asyik bergasak dan berebut kuasa?'.
"Lupakanlah perbalahan politik dan percanggahan pendapat sesama pemimpin Melayu kerana jika dibiarkan berterusan, natijahnya akan memporak-perandakan kesatuan dan penyatuan orang Melayu.
"Negara boleh hancur dengan kegilaan politik melampau pemimpin Melayu yang rakus dan tamak haloba," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, pada Isnin.
BACA: Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
BACA: Anwar dakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin berada di lembah kegilaan
Dalam pada itu ujarnya, sudah sampai masa keretakan hubungan yang berlaku akibat pertarungan kuasa politik segera diperbaiki.
Tambahnya, semua pihak perlu mengetepikan ego dan kesombongan demi kepentingan rakyat serta negara.
"Pemimpin parti-parti politik yang berteraskan perjuangan orang Melayu harus melihat ke hadapan untuk bersama berfikir bagaimanakah cara terbaik menyatupadukan orang-orang Melayu yang kini sudah berpecah-belah.
"Saya amat khuatir Melayu akan terus berpecah dan akhirnya hilang kuasa di tanahairnya sendiri akibat pertelagahan dan percakaran sesama pemimpin kerana ketaksuban ideologi politik berbeza.
"Saya cukup bimbang musuh-musuh politik Melayu seperti DAP akan mengambil kesempatan dengan 'menangguk di air keruh' untuk menguatkan cengkaman kuasa politik mereka akibat kehancuran kuasa Melayu," tegasnya.
Syed Ali turut menyarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sokongan untuk terus mengurus negara selaku Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga tamat tempoh.
"Ia demi kelangsungan penyatuan orang Melayu dan mengambil kira situasi negara masa kini.
"Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), terserahlah kepada rakyat untuk menetukan pilihan mereka," katanya.
Beliau turut berpendapat, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak sewajarnya didesak bertubi-tubi supaya 'berehat'.
"Parti terbesar orang Melayu itu sepatutnya diperkukuhkan untuk berdepan cabaran PRU15 akan datang dengan menjadikan PRU14 sebagai pengajaran dan iktibar.
"Walaupun begitu, jika ada kewajaran UMNO akan menjadi lebih kuat dan ahli-ahlinya bersatu hati dengan pengunduran Ahmad Zahid, adalah tidak manis dan seperti kurang beradab jika desakan sedemikian dibuat secara terbuka menerusi media sosial atau sebagainya.
"Sebaliknya lebih berhemah dan berdisiplin jika ia diputuskan menerusi Perhimpunan Agung atau pemilihan parti, seperti kelazimannya," katanya.
Astro Awani
Mon Jan 18 2021

Kata Syed Ali, sudah sampai masanya keretakan hubungan yang berlaku akibat pertarungan kuasa politik segera diperbaiki. - Foto Astro AWANI

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

Retrospektif #MH370
Retrospektif MH370: Galeri photo mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku berikutan nahas MH370 pada 8 Mac 2014

Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik

Politik | Tiada krisis dalaman dalam UMNO
Tiada sebarang krisis dalam UMNO, kata Datuk Seri Mahadzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, berhubung isu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia bukannya satu krisis apabila apa yang berlaku ialah hanya pemimpin memberi pandangan masing-masing.

Wanita Tulang Belakang Keluarga, Komuniti dan Negara
Wanita mempunyai peranan yang cukup besar di peringkat keluarga sehingga ke antarabangsa. Sehubungan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyeru semua pihak agar bangkit menyokong peluang kesaksamaan wanita.

Politik | MIC sokong gubal undang-undang anti lompat parti
MIC menyokong penuh pendapat beberapa pemimpin parti yang mencadangkan supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti di negara ini. Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran sifatkan perbuatan lompat parti itu sebagai budaya tidak sihat dan pengkhianatan kepada parti serta pengundi.

Operasi pemadaman kebakaran selesai selepas 5 hari
Selepas lima hari berdepan cabaran suhu panas dan cuaca terik melampau, operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kemunting, Jitra, berakhir pada Ahad. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon, operasi yang bermula sejak 3.30 petang Rabu lalu, berjaya dilakukan oleh anggotanya dari zon satu dengan melakukan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

PM sifatkan peluang tunai umrah amanah, bukan keistimewaan peribadi
Perdana Menteri berkata beliau memahami kerinduan umat Islam khususnya di Malaysia untuk kembali ke Tanah Suci dan kerinduan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Perdana Menteri tiba di Madinah untuk ziarah
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz itu disambut oleh Timbalan Gabenor Madinah, Putera Saud bin Khalid Al Faisal.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

UMNO 'cakap saja', kalau berpisah dengan Bersatu mereka akan 'jatuh' - Tun M
UMNO dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain, kata Dr Mahathir Mohamad.

Kiri kanan musuh menyerang, tetapi pemimpin UMNO degil, tidak akan mengalah - Zahid Hamidi
Kata Presiden UMNO, usaha untuk menjatuhkan parti itu secara keseluruhan telah bermula sejak dua tahun lepas, namun, masih tidak berjaya.

Kerajaan diminta benarkan jemaah lakukan umrah bermula April
Permintaan tersebut dilakukan dengan mengambil kira bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tamat pada bulan ini.

Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama Isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Perdana Menteri tiba di Mekah untuk ibadah umrah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

PM Muhyiddin bertolak ke Arab Saudi hari ini untuk lawatan rasmi
Muhyiddin berkata lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci.

PRU antara Jun dan Julai? Pendakwaan lebih keras ke atas pemimpin UMNO? - Ini jawapan Hamzah Zainuddin
Benarkah PRU15 akan diadakan sekitar Jun dan Julai? Sejauh mana kebenaran tuduhan hukuman lebih keras ke atas pemimpin kanan UMNO?