awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda BN sedia manifesto kecil untuk pengundi muda

Bernama
Bernama
27/01/2018
14:32 MYT
Pemuda BN sedia manifesto kecil untuk pengundi muda
KHAIRY: Saya sedang kumpulkan idea-idea daripada semua pihak dalam tempoh dua minggu ini untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada Pengerusi BN.
Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto kecil untuk pengundi muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengerusinya, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata manifesto itu merupakan aku janji yang akan menyediakan beberapa tawaran baharu kepada pengundi muda termasuk pekerjaan, latihan dan pendidikan, keusahawanan, kemudahan untuk orang muda serta perumahan.
"Saya sedang kumpulkan idea-idea daripada semua pihak dalam tempoh dua minggu ini untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan persetujuan," katanya.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Briged Gempur 2314 Pemuda BN peringkat negeri Perak di perkarangan Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini, semalam.
Briged Gempur 2314 merupakan penjenamaan semula Gerak Gempur BN sebagai persediaan awal dalam menghadapi PRU14.
Beliau berkata walaupun aku janji sudah terdapat dalam manifesto induk BN, namun aku janji kecil itu penting kepada golongan muda di negara ini.Dalam manifesto itu, katanya, akan turut melibatkan glongan wanita dan kumpulan masyarakat tertentu.
Ditanya mengenai calon Pemuda yang akan bertanding pada PRU14, Khairy berkata senarai calon pergerakkan itu belum dibincangkan dalam mesyuarat parti komponen BN.
"Perbincangan setakat ini ditumpukan kepada persiapan bagi menghadapi PRU14 dan semuanya kini sudah siap sedia," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Khairy Jamaluddin
#Manifesto
#Najib Razak
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan