KUALA LUMPUR: Penangguhan pemilihan UMNO adalah relevan untuk memastikan parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata usul pucuk pimpinan UMNO untuk menangguhkan pemilihan adalah bagi mengelak berlakunya kacau-bilau yang boleh menjejaskan persediaan parti itu menghadapi PRU15.
Beliau berkata perkara itu cuba direalisasikan melalui Perhimpunan Agung Khas UMNO yang akan berlangsung Ahad ini.
"UMNO tak boleh lagi berpecah. Mereka harus bersatu. Kalau berpecah, ia akan melemahkan lagi UMNO.
"Diharapkan polemik yang berlaku dapat dirungkaikan. UMNO seharusnya menumpukan pada PRU15 bukan pemilihan. Jadi diharapkan ada kesan positif pada perhimpunan khas ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara Bahas terbitan Bernama TV bertajuk 'PAU Khas: Ke Arah Transformasi Politik Atau Masih di Gelanggang Purba' malam tadi yang turut menampilkan Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara Mujibu Abdul Muis dan Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Profesor Sivamurugan Pandian.
Mohd Azizuddin juga tidak menolak kemungkinan usul penangguhan pemilihan parti, yang sepatutnya diadakan hujung tahun ini, akan mencetuskan polemik kepada UMNO.
"Sekiranya diluluskan sekalipun, ada risiko pihak yang tidak puas hati membawa usul ini ke mahkamah seperti yang berlaku pada pemilihan 1987 yang membawa kepada pengharaman UMNO," katanya.
Sivamurugan pula berkata sekiranya UMNO melaksanakan segala prosedur perundangan, agak sukar untuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak permohonan parti itu untuk meminda perlembagaan bagi menangguhkan pemilihan parti.
"Dalam suasana seperti ini, ROS perlu melihat secara teliti, perhalusi supaya bucu-bucu bocor mungkin boleh dibawa bincang secara musyawarah dengan parti dan tidak dilihat campur tangan politik tertentu.
"Kita tahu dalam konteks untuk kelulusan ini, akan ada pihak yang cuba melangkaui peraturan dan undang-undang. Akan ada pihak yang cuba menidakkan penangguhan pemilihan.
"Dalam konteks ini, ROS harus mempertahan integriti mereka dan pada waktu yang sama, agensi lain juga perlu main peranan menjadi semak dan imbang kepada segala ketetapan yang dilakukan secara teratur oleh parti," katanya.
Pendapat sama turut dikongsikan oleh Mujibu yang turut tidak menolak wujud kebarangkalian berlaku sabotaj daripada pihak ataupun kumpulan tertentu yang tidak bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti.
"Kita nampak bibit perpecahan UMNO itu sudah ada apatah lagi lepas pemilihan sebelum ini yang menyaksikan bagaimana jawatan yang dipertanding jelas menimbulkan kelompok tertentu," katanya.
Jika pindaan perlembagaan tidak dilaksana, UMNO perlu mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini. Pemilihan parti terakhir ialah pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

UMNO seharusnya menumpukan pada PRU15 bukan pemilihan. - Foto fail

Eriksen impi kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara
Eriksen mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark, Jun tahun lalu, ketika Euro 2020 menentang Finland.

Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif'
Ia bagi memastikan manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan sampai kepada golongan belia disasar, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Cadangan wujud Majlis Pemulihan Negeri masih relevan - Muhyiddin
Cadangan untuk wujudkan Majlis Pemulihan Negeri masih relevan kerana sesetengah isu bukan masalah nasional tetapi berkaitan negeri atau kawasan tempatan, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tidur satu jam sahaja..."- Selepas seminggu Mira Filzah kongsi nama anak
Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.

AWANI Ringkas: Titik panas risiko kebakaran dikenal pasti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara [TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967313/thumbnails/32572379231652759905354_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara
Ikuti sidang media Majlis Pemulihan Negara oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin di Kementerian Kewangan. #RayaSLK #AWANInews

Perlu waspada dengan cabaran global - Pengerusi MPN
Perlu berwaspada dengan cabaran global termasuk perang Ukraine-Rusia, status COVID-19 di China dengan risiko 'lockdown' berpanjangan serta kemunculan varian baharu, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertimbang pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera - MPN
MPN minta kerajaan pertimbang beri pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera perolehan tanah lebih RM20 juta bagi pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan untuk tempoh dua tahun, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19
Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Ten Hag teruja berkerjasama dengan Ronaldo di Man Utd
Ten Hag menyatakan dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

UMNO tangguh pemilihan sebab tahu parti akan berpecah - Dr Mahathir
Tindakan UMNO buat EGM untuk tangguh pemilihan disifatkan Dr Mahathir sebagai jalan senang buat parti itu.

Usul pindaan perlembagaan UMNO tangguh pemilihan parti lulus - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau.

Penangguhan pemilihan parti UMNO relevan - Penganalisis politik
Penangguhan pemilihan UMNO adalah relevan untuk memastikan parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PAU2021: Pemilihan UMNO ditangguh enam bulan selepas PRU - Mohamad Hasan
Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Adakan pemilihan segera kerana UMNO perlu diremajakan, salin kulit - Mohammad Tawfik
Pemilihan segera juga perlu dilakukan bagi mengelak 'moyang-moyang' atau veteran UMNO terus bertambah sehingga menyebabkan Undi18 semakin jauh dari parti itu.

PRU15 dahulu atau pemilihan UMNO: Saya lebih selesa berdiam diri - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata isu tersebut telah mendapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli, mengenai yang mana perlu didahulukan.

MKT UMNO teliti usul bahagian mengenai PRU15, pemilihan parti - Zahid Hamidi
Kepimpinan tertinggi dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan meneliti semua usul-usul yang akan dikemukakan oleh UMNO bahagian.

Puteri UMNO mahu pemilihan parti diadakan selepas PRU15 - Asuma Beevi
Asuma Beevi berkata 171 bahagian bertegas mahu jentera parti dipimpin dan difokuskan ke arah gerak kerja memenangi PRU15.

Pemilihan UMNO mungkin diadakan November 2022 - Mohamad Hasan
Pemilihan UMNO bagi penggal 2021/2023 mungkin diadakan pada November tahun depan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

ROS sahkan penangguhan Pemilihan UMNO dibuat secara teratur - Ahmad Maslan
UMNO hari ini menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara teratur.