KUALA LUMPUR: Pencalonan 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi pemilihan PKR 2022 yang dijadual pada Isnin ini (11 April) ditangguh pada 28 Mei depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata penangguhan itu turut melibatkan pencalonan bagi 20 Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat dan 20 Ahli Majlis Wanita Pusat.
Bagaimanapun, menurutnya pencalonan bagi jawatan enam pimpinan utama MPP iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan empat Naib Presiden serta lima jawatan utama Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita dikekalkan pada 11 April ini.
"JPP menerima baik pandangan ahli-ahli Majlis Biro Politik yang bersidang pada 6 April dan merasakan bahawa penangguhan dan pertukaran tarikh ini bertepatan dengan proses pemilihan yang bakal dilaksanakan di Kongres Nasional kelak.
"Kempen boleh dilakukan calon-calon menjadi lebih bersasar apabila individu yang menang akan diketahui lebih awal pada 21 Mei, setelah pemilihan yang dilaksanakan secara hibrid di peringkat cabang selesai pada 20 Mei. Mereka yang menang inilah bakal menjadi perwakilan ke Kongres Nasional dan layak memilih pada hari tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula hari ini hingga Ahad melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara yang menyaksikan proses pencalonan dilaksanakan secara dalam talian.
Pemilihan parti ini melibatkan jawatan tertinggi PKR iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan empat Naib Presiden, selain kepimpinan tertinggi sayap parti serta cabang.
Pemilihan kali ini dijangka menyaksikan pertembungan menarik bagi jawatan Timbalan Presiden apabila Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Naib Presiden Rafizi Ramli mengesahkan bertanding jawatan tersebut.
Bagi jawatan Naib Presiden pula antara nama calon dijangka bertanding ialah Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Pengelola Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Wanita Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.
Selain itu, aktivis mahasiswa Adam Adli pula mengesahkan bertanding jawatan Ketua AMK.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
ZALIHA: Pencalonan 20 Ahli MPP bagi pemilihan PKR 2022 yang dijadual pada 11 April ditangguh ke 28 Mei. -Facebook/Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Fahmi nafi berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR
Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.
Fahmi kenang perjalanan 25 tahun PKR
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenang semula perjalanan parti PKR 25 tahun lepas yang bermula dengan satu gerakan massa.
'Kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Konvensyen Khas 25 Tahun PKR pada 28 April ini - Fahmi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.
Permohonan masuk PKR ditangguh, pastikan tiada 'trojan horse' - Fahmi
Fahmi berkata beliau mengambil cakna tentang ada pihak yang memohon untuk menyertai PKR namun setelah diteliti, permohonan terpaksa ditangguh.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).