awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, RON97 dan RON95 kekal
SARA: Kerajaan teliti perluas barangan boleh dibeli termasuk makanan sejuk beku
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendekkan sidang Parlimen satu penipuan - Anwar Ibrahim

Hilmi Malik
Hilmi Malik
06/07/2021
08:38 MYT
Pendekkan sidang Parlimen satu penipuan - Anwar Ibrahim
Anwar menegaskan tindakan kerajaan pendekkan sidang Parlimen dilihat sebagai satu penipuan selain tiada sebarang petunjuk akan berlaku sesi pembahasan secara terbuka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak memperalatkan Speaker Dewan Rakyat berhubung Sidang Khas Parlimen.
Presiden PKR itu menegaskan, tindakan kerajaan memendekkan sidang Parlimen dilihat sebagai satu penipuan selain tidak mempunyai sebarang petunjuk akan berlaku sesi pembahasan secara terbuka.
“Sidang Parlimen kebiasaannya untuk memastikan kerajaan itu ditadbir mengikut peraturan supaya tiada salah guna kuasa termasuk mengenal pasti adanya proses semak dan imbang. Tiada petunjuk bahawa akan ada perbahasan yang terbuka.
“Saya memberi peringatan kepada Perdana Menteri dan kerajaan ... jangan peralatkan Speaker Dewan Rakyat dan kita tidak akan pandang ringan soal COVID-19, soal kebajikan rakyat dan salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi rakaman video pada Selasa.
BACA SEMUA BERHUBUNG SIDANG PARLIMEN DI SINI
Ahli Parlimen Port Dickson itu pada masa sama memberi amaran keras kepada kerajaan agar tidak menggunakan kuasa sesuka hati tanpa berpandukan kepada prinsip asas demkorasi berparlimen.
Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan
Tegasnya lagi, sidang Parlimen merupakan platform bagi menyuarakan aspirasi rakyat selain menentukan keabsahan sesebuah pentadbiran kerajaan.
Anwar turut mendakwa, keputusan membuka semula Parlimen itu juga berikutan desakan yang dibuat pihak pembangkang serta Raja-Raja Melayu.
Baru-baru ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan memaklumkan Sidang Khas Parlimen akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#pembangkang
#Sidang Parlimen
#Speaker Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan