MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan pengguguran Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Pas berkait dengan masalah disiplin dan perkara dalaman parti.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun, tidak menyentuh secara terperinci masalah disiplin berkenaan dan tidak perlu diperjelaskan kepada umum.
“Itu disiplin perkara dalaman parti untuk ahli-ahli parti sahaja tidak perlu dan sehingga ini, saya mendapat maklumat daripada akar umbi 99.9 peratus berpuas hati itu adalah pandangan terpencil,” kata Abdul Hadi.
Ketika ditanya sama ada pengguguran itu berkaitan dengan Muafakat Nasional (MN), Abdul Hadi sekali lagi menegaskan ia berkaitan dengan disiplin Mohd Khairuddin.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini, hari ini.
“Tunggulah dan disiplin itu bukan semua ... dia belum dipecat dan digugurkan sahaja sebelum ini, sudah ada nasihat, sudah ada tindakan awal dan kemudian gugur daripada AJK Pusat itu dan kita tengoklah susulannya kelak,” tambahnya.
Abdul Hadi turut berkata, pengguguran Mohd Khairuddin juga tidak akan menjejaskan parti dan sehingga kini, Pas masih dapat berjalan seperti biasa.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, parti itu pernah berdepan dengan situasi yang lebih besar termasuk krisis Pas Kelantan pada tahun 1979.
"Tiada perpecahan, tiada. Kita pernah mengalami lebih besar dari itu, krisis Pas pada 1979, menyaksikan ahli Pas beramai-ramai meletakkan jawatan. Pas, waktu itu tidak terjejas dan bangkit semula untuk menawan balik Kelantan," katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul menuntut penjelasan rasmi pimpinan tertinggi Pas berhubung pengguguran Mohd Khairuddin.
Bekas Ketua Pmuda yang juga AJK Pas Pusat itu berkata, penjelasan mesti diberikan, bukan sahaja kepada ahli parti, tetapi secara menyeluruh untuk pengetahuan awam.
Sebelum ini media melaporkan Mohd Khairuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus digugurkan daripada AJK Pas.
Astro Awani
Fri Jan 21 2022

- Menurut Abdul Hadi, yang merupakan Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun, tidak menyentuh secara terperinci masalah disiplin berkenaan dan tidak perlu diperjelaskan kepada umum. - Gambar fail

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Haji | TH beri butiran penerbangan kepada bakal jemaah haji minggu depan
Jemaah haji akan menerima butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas daripada Lembaga Tabung Haji (TH) secara berperingkat mulai minggu depan.

Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Cabul Atlet | Polis terima empat laporan berkaitan jurulatih wushu
Polis menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak membabitkan seorang jurulatih wushu yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas atlet kendaliannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji berkata, polis menerima dua laporan masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kes lucut hak: Rosmah, Global Royalty tuntut rantai tangan berlian, Najib 7 utas jam tangan
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.

Sindiket latih golongan pencari kerja jadi scammer dikesan di Johor
Polis Johor kesan aktiviti itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang hadir pada sesi temuduga dikendalikan sindiket berkenaan.

Malaysia tubuhkan C4IR, bakal dilancar separuh kedua 2022
Ia adalah untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

PAAB akan beri penjelasan kepada Terengganu
Setakat ini, hanya Terengganu satu-satunya negeri di Semenanjung yang masih belum menyertai perjanjian dengan PAAB.

Selepas Najib, Khairuddin pula gesa kerajaan selamatkan Sapura Energy
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan SEB merupakan perniagaan strategik negara yang mempunyai 4,000 vendor utama selain ia adalah syarikat yang dimiliki dana rakyat.

Khairuddin Aman Razali tidak akan sertai UMNO
Buat masa ini, Mohd Khairuddin tidak memikirkan lagi untuk kembali kepada Pas.

Pemimpin Pas buat keputusan bercanggah dengan dasar parti - Khairuddin
Beliau mendakwa keputusan yang datang dari proses yang salah akan memberi kesan kepada ahli-ahli Pas yang sangat setia kepada parti.

Khairuddin Aman Razali dakwa kepimpinan Pas urus parti dengan cara tidak betul
Setelah disingkirkan dari jawatan yang disandang, beliau perlu mengambil langkah yang berbeza untuk menegur kepimpinan.

Nik Muhammad Zawawi mengaku dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas baharu
Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu berkuat kuasa 20 Feb lepas.

Pas, UMNO tidak perlu bergaduh - Khairuddin
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Pas dan UMNO tidak perlu bergaduh meskipun kedua-dua parti tidak lagi boleh bekerjasama dalam pilihan raya.

Khairuddin dakwa dasar PH tidak mesra Islam
Ada yang dalam PH dilihat Islamis tetapi memperjuangkan pemikiran Islam yang liberal, kata Khairuddin.

Pengguguran Mohd Khairuddin berkait dengan masalah disiplin - Hadi Awang
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan pengguguran Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Pas berkait dengan masalah disiplin dan perkara dalaman parti.

Alasan gugur Khairuddin tidak perlu didedah terperinci
Sanusi menegaskan, penjelasan Presiden Pas sudah memadai dan Khairuddin sendiri sudah pasti tahu sebab dikenakan tindakan.