awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi fail petisyen cabar keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang

Bernama
Bernama
13/01/2023
10:14 MYT
Pengundi fail petisyen cabar keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Pada PRU15, Tengku Razaleigh atau Ku Li gagal yang memperoleh 21,663 undi gagal mempertahan kerusi Parlimen Gua Musang apabila tewas kepada Mohd Azizi dengan majoriti 163 undi. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seorang pengundi, yang juga wakil kepada calon Barisan Nasional Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan itu.
Petisyen itu, yang difailkan oleh Mohd Azmi Mahmood pada 3 Jan lepas, menamakan Ahli Parlimen Gua Musang Datuk Mohd Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ab Fatah Hasbullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.
Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, yang mewakili Mohd Azmi, berkata petisyen itu antara lain memohon keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang dibatalkan dan menggesa SPR mengadakan pilihan raya kecil.
"Petisyen berkenaan difailkan bagi mencabar keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Gua Musang yang didakwa berlaku politik wang.
"Selain itu, anak guam kami mendakwa peti undi dari pusat daerah mengundi (PDM) iaitu di beberapa saluran tidak dikira dan kertas undi tidak dikembalikan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengurusan kes itu ditetapkan pada 25 Jan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar.
Pada PRU15, Tengku Razaleigh atau Ku Li gagal yang memperoleh 21,663 undi gagal mempertahan kerusi Parlimen Gua Musang apabila tewas kepada Mohd Azizi dengan majoriti 163 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Gua Musang
#Tengku Razaleigh Hamzah
#petisyen cabar keputusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan