awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjajaran politik di Perak? Ini kemungkinan yang bakal berlaku...

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/12/2020
07:05 MYT
Penjajaran politik di Perak? Ini kemungkinan yang bakal berlaku...
Adakah Kerajaan Negeri Perak akan mengekalkan status quo yang dibentuk pada Februari lalu? Ini persoalan yang masih belum ada jawapannya buat masa ini. - Foto BERNAMA
SIAPA calon Menteri Besar Perak yang baharu? Itu persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat terutama warga Perak.
Namun, pada ketika ini, itu bukan soalan utama yang perlu dijawab.
Sebaliknya, apakah bentuk gabungan atau penjajaran politik yang bakal berlaku perlu dijawab terlebih dahulu.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini ketika bertemu media di perkarangan Istana Kinta tengah hari tadi berkata, mereka (parti politik) masih lagi berunding.
Ia sekali gus memberi cerminan bahawa belum ada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Terdapat beberapa pilihan penjajaran politik yang dilihat mungkin berlaku di Perak ketika ini.
1. UMNO + Bersatu + Pas (status quo)
UMNO yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka berperanan sebagai ‘big brother’ dalam situasi ini.
Selepas mereka menolak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, adakah mereka mampu meyakinkan semula Bersatu untuk bersama mereka?
Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.
Namun, kenyataan Takiyuddin itu tidak menyatakan secara jelas sama ada mereka akan menyokong gabungan itu sekiranya masih mengekalkan status quo.
Di peringkat negeri, semuanya masih mengunci mulut berkenaan pembentukan ini.
2. UMNO + DAP + PKR + Amanah
Penjajaran ini dilihat sukar untuk direalisasikan, namun ia tidak mustahil untuk berlaku.
Selama ini, UMNO lantang menyatakan ‘no DAP, no Anwar’. Itu mesej jelas UMNO pada ketika itu.
Namun, UMNO Perak bukan seperti UMNO Sabah - yang mempunyai kuasa autonomi; boleh membuat keputusan tanpa perlu keputusan dari UMNO Pusat.
3. UMNO + PKR + Amanah
UMNO sebelum ini tegas menyatakan ‘No DAP, No Anwar’; bukannya ‘No PKR’. Apakah UMNO kini boleh bekerjasama dengan PKR?
Adakah PKR dan Amanah sanggup meninggalkan rakannya DAP dalam pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu ini?
Persoalan ini perlu dijawab terlebih dahulu sebelum kita mengetahui siapakah nama calon Menteri Besar yang akan dikemukakan ke istana.
Jadi, sekiranya status quo bertukar, berkemungkinan penjajaran ini bakal menggoncang pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat.
Topic Berkaitan
#UMNO
#PAS
#PKR
#DAP
#Menteri Besar
#politik perak
#krisis politik Perak
#politik
#penjajaran politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan