awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penstrukturan semula untuk perkasa Bersatu - Setiausaha Agung

Bernama
Bernama
20/10/2018
14:12 MYT
Penstrukturan semula untuk perkasa Bersatu - Setiausaha Agung
Bersatu baharu sahaja menubuhkan jawatankuasa lembaga disiplin dan bermesyuarat pada minggu lepas untuk selesaikan masalah dalaman parti.
Penstrukturan semula pentadbiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sedang giat dijalankan di beberapa negeri termasuk Johor adalah sebagai usaha memperkasakan parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Marzuki Yahya.
Beliau berkata usaha itu dilakukan demi kelangsungan parti untuk meneruskan perjuangan terutama dalam memperkasakan orang Melayu.
"Kami menghadapi masalah yang besar sebelum ini yang mana parti kami telah dibubarkan sementara sebelum pilihan raya umum lepas.
"Kesannya, kami menghadapi banyak masalah dalaman terutamanya masalah keahlian yang tercicir," katanya kepada pemberita selepas sesi suai kenal bersama anggota Bersatu Johor, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Osman Sapian.
Pada majlis itu, Marzuki turut mengumumkan pelantikan Osman sebagai Pengerusi Bersatu Johor dan ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam.
Dalam pada itu, beliau berkata Bersatu baharu sahaja menubuhkan jawatankuasa lembaga disiplin dan bermesyuarat pada minggu lepas untuk selesaikan masalah dalaman parti bagi memastikan perjalanan parti lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita politik
#Bersatu
#Osman Sapian
#parti politik
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan