Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yakin Pergerakan Wanita UMNO akan memainkan peranan berkesan untuk memastikan negeri ini terus menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Musa yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata Wanita UMNO merupakan tulang belakang kepada perjuangan parti itu selama ini bersama dua lagi sayap iaitu Pemuda dan Puteri.
"Sokongan daripada tiga sayap ini penting kepada UMNO dan BN khususnya dalam menghadapi PRU14," katanya ketika merasmikan Majlis Kembara Ibu Terbaik Bangsa PRU14 UMNO Zon Lima di sini pada Isnin.
Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Armani Mahiruddin.
Musa turut menyifatkan program Jalinan Rakyat (JR) pergerakan itu sebagai pendekatan berkesan untuk mendekati rakyat khususnya pengundi di akar umbi.
Terdahulu, Shahrizat berkata beliau mahu semua jentera Wanita di setiap peringkat memastikan program JR dilaksanakan mengikut rangka yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan agar pergerakan itu bergerak dengan teratur untuk memastikan kemenangan BN pada PRU14 nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2017
MUSA: Wanita UMNO merupakan tulang belakang kepada perjuangan parti itu selama ini bersama dua lagi sayap iaitu Pemuda dan Puteri.
Tulang kambing terlekat pada jari kanak-kanak
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia lapan tahun sedang menikmati juadah kambing perap.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
UNESCO hadiahkan semua wartawan Gaza anugerah PBB
Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia memberi penghormatan kepada sumbangan cemerlang kepada pembelaan atau promosi kebebasan akhbar.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.
Kumpulan Naza ambil alih 100 peratus pegangan Berjaya Enviro
Pengambilalihan ini sekali gus menjadikan Kumpulan Naza sebagai pemain utama sektor pengurusan sisa.
Ringgit melonjak 225 mata asas semasa dibuka
Ringgit melonjak 225 mata asas dan mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka pada Jumaat.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
Program Pra Tahfiz Kemas mampu lahirkan murid prasekolah kuasai 4M
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang bermula secara rasmi tahun ini mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul (membuat pertim
Niaga SPOTLIGHT: Labour Day 2024 | Social Justice & Decent Work for All
Tehmina Kaoosji spoke with Sivaranjani Manickam, Workers Bureau Head, Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Pekerja pusat servis maut, rakan parah tayar meletup
Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.