SHAH ALAM: Tren peratusan keluar mengundi yang rendah dan mendukacitakan boleh menggugat proses demokrasi yang diamalkan dalam politik negara ini, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Anwar berkata, pihaknya tetap akur dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang telah dibuat oleh rakyat negeri tersebut.
“Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor. PKR akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor.
“Kita amat khuatir dengan trend peratusan keluar mengundi yang amat mendukacitakan dan boleh menggugat proses demokrasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Pada Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN menang selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Menerusi keputusan rasmi tersebut, Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti PN tiga, PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.
Dalam pada itu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 1,426,573 atau 54.92 peratus orang telah keluar mengundi pada PRN Johor kali ini.
Anwar yang juga Pengerusi PH turut memberikan penghargaan kepada penyokong dan jentera parti yang telah berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang PRN.
“Keputusan ini juga ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk kembali merangkul kekuatan bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) kelak,” ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini
Sinar Harian
Sun Mar 13 2022

Tren peratusan keluar mengundi yang rendah dan mendukacitakan boleh menggugat proses demokrasi yang diamalkan dalam politik negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar BERNAMA

Peminat dikejutkan kehadiran Lady Gaga di medan selera Singapura
Lady Gaga, yang berpakaian serba hitam termasuk bodysuit, cermin mata hitam Prada, dan but platform dilihat bersama rombongannya menikmati pelbagai hidangan tempatan.
Wan Azizah yakin PKR mampu tawan Kelantan
Wan Azizah tegaskan potensi PKR menawan Kelantan bergantung pada semangat anak muda, integriti ahli, dan komitmen memperkukuh parti di peringkat akar umbi.

Edry KRU beli semula album sendiri
Edry KRU berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).
UK hentikan rundingan perdagangan, EU pertimbang langkah serupa keatas Israel
Ikuti ulasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai tindakan United Kingdom yang menhentikan seketika rundingan perdagangan bebas dengan Israel dan kenyataan Kesatuan Eropah (EU) yang mempertimbangkan tindakan sama.
Tun Ahmadshah pemimpin prihatin kepada rakyat & negeri - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di kota kinabalu semalam.

LIMA'25: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih
Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi pengawasan canggih bagi memperkukuh keselamatan maritim negara.

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Pickleball jadi pilihan Ikon Sukan Negara kembali ke gelanggang
Chan Peng Soon dan Mirnawan kini aktif dalam sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di ambang kemuliaan atau kehancuran: Liga Europa jadi penentu nasib United
Satu-satunya laluan kejuaraan yang masih terbuka buat skuad kendalian Ruben Amorim, menamatkan kempen dengan menjulang trofi Liga Europa UEFA.
AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.