awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini

Bernama
Bernama
29/05/2023
12:52 MYT
Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini
Ahmad Samsuri berkata jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan, yang akan dibawa ke Majlis Presiden PN. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan, yang akan dibawa ke Majlis Presiden PN.
"Sebelum ini kita dah adakan pertemuan untuk bincang kerusi, tetapi ada beberapa pemimpin parti (komponen) yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami jawatankuasa perunding duduk dan bincang (agihan kerusi) pada 5 Jun ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) di sini, hari ini.
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat berkenaan akan dibawa ke Majlis Presiden untuk pertimbangan dan keputusan akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#parti komponen
#jawatankuasa perunding
#agihan kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan