awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perebutan calon KM Sabah: Jeffrey Kitingan mungkin jadi 'kingmaker' - Penganalisis

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/09/2020
10:45 MYT
Perebutan calon KM Sabah: Jeffrey Kitingan mungkin jadi 'kingmaker' - Penganalisis
Bridget Welsh berkata wujud kemungkinan juga Kitingan (gambar) yang merupakan pemimpin berpengaruh Kadazan Dusun Murut (KDM) bakal menduduki kerusi Ketua Menteri. - Bernama
Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri Sabah dan wujud pertikaian calon Ketua Menteri, Datuk Jeffrey Kitingan dijangka bakal menjadi ‘kingmaker’ (penentu) kerusi tersebut.
Penganalisis politik Asia Tenggara, Bridget Welsh berkata wujud kemungkinan juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang merupakan pemimpin berpengaruh Kadazan Dusun Murut (KDM) itu bakal menduduki kerusi Ketua Menteri.
Malah, Bridget berpandangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor antara nama yang tidak boleh diketepikan selain Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
“Dari lapangan, kita dapati ada dua nama yang perlu disenaraikan dari kumpulan PN dan BN ini. Semestinya Hajiji, individu yang menjadi calon (Ketua Menteri) dari Bersatu, seorang yang kuat dan agak popular.
“Seorang lagi individu yang boleh mengisi kerusi itu adalah seseorang dari komuniti KDM, terutama dalam kalangan penyokongnya melihat kemungkinan Jeffrey Kitingan menjadi ‘kingmaker’ dan sekali gus menjadi Ketua Menteri.
“Jadi sekarang wujud persoalan yang jelas berkenaan pemimpin utama dalam kalangan PN dan BN ini,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Malah, ujarnya pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi BN serta sekutunya perlu diselesaikan segera bagi mengelak sebarang permasalahan yang berpanjangan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#calon ketua menteri Sabah BN
#Hajiji Mohd Noor
#Jeffrey Kitingan
#king maker pilihan raya
#Musa Aman
#PPBM
#Rahman Dahlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan