awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow

Anthea Yap
Anthea Yap
13/09/2015
15:37 MYT
Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow
LIOW: Masalah penting sekarang adalah masalah ekonomi, kita perlu bersatu untuk majukan ekonomi kita. Perhimpuan baju merah ini tidak membawa apa-apa erti dalam pembangunan. -Gambar fail
MCA menolak perhimpunan baju merah yang diadakan pada Rabu ini kerana boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata orang ramai sepatutnya memberi tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara daripada menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
"Kalau kita tidak pulihkan ekonomi kita, kita teruskan sentimen perkauman ini, kita teruskan sentimen yang tidak membangun ini, maka ekonomi kita akan terus terjejas.
"Masalah penting sekarang adalah masalah ekonomi, kita perlu bersatu untuk majukan ekonomi kita. Perhimpunan baju merah ini tidak membawa apa-apa erti dalam pembangunan," kata Liow.
Liow menjelaskan, MCA atau orang ramai hanya boleh menyertai perhimpunan seperti ini sekiranya pihak berkuasa memberi kebenaran.
Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI mendapati peniaga dan penjaja di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur meluahkan kebimbangan terhadap perniagaan mereka yang berlangsung Rabu depan.
Beberapa penjaja dan peniaga yang berniaga lebih 30 tahun di kawasan ini menjelaskan pihaknya sanggup menutup kedai bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.
Menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Latip, beliau berharap agar perhimpunan itu tidak diteruskan kerana ia hanya akan menjejaskan pendapatannya.
Latip berharap penganjur perhimpunan itu mengadakannya di tempat lain kerana perniagaannya sudah mula terjejas sejak semalam akibat hebahan perhimpunan terbabit.
Sementara itu, seorang lagi peniaga Ah Keat berkata perhimpunan ini hanya akan menyusahkan peniaga di kawasan itu.
Penganjuran perhimpunan dengan nama Himpunan Rakyat Bersatu itu turut mendapat bantahan 20 badan bukan kerajaan (NGO).
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan berkenaan atas faktor keselamatan.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#Liow Tiong Lai
#MCA
#mengganggu perniagaan
#sentimen perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan