SERDANG: Kerjasama semua pihak yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai termasuk penglibatan graduan yang merupakan tonggak negara adalah sangat penting dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi.
Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, para graduan harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengikut kepesatan perubahan teknologi.
“Globalisasi dan industri 4.0 (i4.0) akan mengubah masa hadapan sektor pekerjaan kerana banyak pekerjaan sedia ada tidak lagi akan wujud. Justeru itu para graduan perlu lebih kritis dan berinovatif bagi mendepani cabaran i4.0
“Namun kita melihat program-program dijalankan oleh Technopreneur Training Academy (TENTRA) di bawah MTDC dapat membantu kebolehpasaran graduan dalam era i4.0 ini termasuklah graduan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program MTDC Road2Growth Zon Tengah di Pusat Teknologi UPM-MTDC Serdang di sini pada Selasa.
MTDC Road2Growth yang memasuki tahun keenam tersebut merupakan program siri jelajah anjuran Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dengan menumpukan usaha dalam memperkenalkan produk, perkhidmatan serta teknologi tempatan dengan memberi penekanan terhadap i4.0 dan pendigitalan.
Dalam program tersebut, MTDC bersama-sama syarikat ekosistemnya yang terdiri daripada rakan niaga Co9P dan syarikat penerima dana Inovasi Sandbox Teknologi Nasional turut mengadakan Pameran Solusi i4.0 di Experience Hub.
Pameran berbentuk i4.0 ini mengetengahkan teknologi robotik, automasi, pencetakan 3D, realiti perantaraan, pertanian pintar serta teknologi dron.
Dalam pada itu, menurut Ketua Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus, acara tahunan itu merupakan sebuah platform terbaik kepada para usahawan dan graduan untuk mendapatkan informasi mengenai perkhidmatan disediakan MTDC selain bagi memperkenalkan syarikat ekosistemnya.
“Penggunaan teknologi terbukti meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, menambah pendapatan syarikat serta meningkatkan asas pelanggan selain berjaya membantu usahawan berhadapan dengan persaingan.
“Kerjasama yang terjalin antara MTDC dengan usahawan, penyelidik, para akademia dan agensi kerajaan dapat memacu usahawan untuk menaik taraf perniagaan mereka melalui solusi dan inovasi teknologi tempatan,” ujarnya kepada pemberita ketika majlis sama.
Norhalim turut menambah, pihaknya akan memperkenalkan dana terbaharu bernilai RM100 juta dengan kerjasama rakan niaga asing selewat-lewatnya suku ketiga tahun hadapan selain menyasarkan untuk menyenaraikan satu syarikat di Papan Utama Bursa manakala lagi tiga di Paparan ACE pada suku pertama tahun 2023.
Haikal Raman
Tue Nov 15 2022

Penggunaan teknologi terbukti meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos serta menambah pendapatan syarikat dalam membantu usahawan berhadapan dengan persaingan global.

Rafizi tokoh sesuai sertai 'payung besar' PRU16 - Annuar Musa
Annuar berpandangan bahawa Rafizi merupakan tokoh yang sesuai untuk menyertai satu koalisi politik nasional yang disifatkan sebagai payung besar.
AWANI Ringkas: Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki parah ditetak bekas suami kekasih
Angkara cemburu, seorang lelaki parah ditetak tiga individu termasuk bekas suami teman wanitanya di di Puchong, Subang Jaya pada Sabtu.
Wonda Kopi Kluang cemerlang, lebih 2 juta tin terjual
Edisi terhad Wonda Kopi Kluang yang diperkenalkan melalui kempen filem Keluang Man telah merekodkan jualan melebihi dua juta tin di seluruh negara.
ASEAN 25: Reruai, pameran ketengah keunikan produk dan budaya Malaysia
Reruai jualan dan pameran terbuka kepada orang awam bermula pada 23 hingga 25 Mei, manakala delegasi ASEAN pada 26 dan 27 Mei, melibatkan sejumlah 36 reruai dengan 25 pempamer.

PKR minta 13 kerusi untuk PRN Sabah - Nurul Izzah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengemukakan permintaan untuk bertanding di 13 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

UMNO tidak tamak minta jawatan menteri kabinet jika berlaku kekosongan
"Itu hak mereka, kita tidak boleh campur dan kita tahu batas-batas permintaan kita."

Trump ugut kenakan tarif ke atas telefon pintar yang tidak dihasilkan di AS
Trump mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas produk Apple jika iPhone tidak dihasilkan di Amerika Syarikat.

Sidang Kemuncak jadi penanda aras menuju Visi Komuniti ASEAN 2045 - Pemimpin SOM
Mesyuarat itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja, jauhi eksploitasi atau buruh paksa
Isu eksploitasi serta buruh paksa bukan lagi isu berkaitan pekerja atau perundangan, tetapi isu kemanusiaan global.

MTDC beri tumpuan terhadap bidang teknologi 'deep tech' dan bioperubatan
MTDC kini memberi tumpuan terhadap bidang teknologi 'deep tech' dan bioperubatan sebagai usaha memperluaskan lagi pelaburan dalam syarikat teknologi di negara ini.

Perlu wujudkan kerjasama holistik dalam menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi
Kerjasama semua pihak yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai termasuk penglibatan graduan adalah sangat penting dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi.