awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
Legenda bola sepak Wales, Terry Yorath meninggal dunia
Presiden Korea Selatan guna 'diplomasi penguin', seru perdamaian dengan Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak

Bernama
Bernama
22/02/2021
12:05 MYT
Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak
Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon, terhadap Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sebagai responden. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55, yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, yang didakwa berkaitan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon, terhadap Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sebagai responden.
Dalam penghakiman, Muhammad Jamil berkata mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram, dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa wang yang disita diterima daripada sumber-sumber lain.
"Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah dapati pemohon gagal membuktikan bahawa wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak," kata hakim itu.
Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim, manakala peguam Syahrul Syazwan Salehin mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwa raya terhadap UMNO Negeri Johor mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata agensi itu telah memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 entiti yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta, yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO Johor
#Mahkamah Tinggi
#pendakwa raya
#lucut hak
#wang
#disita
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan