awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan ummah: Pas tetap teruskan walau apa orang kata - Idris

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/10/2022
23:45 MYT
Perpaduan ummah: Pas tetap teruskan walau apa orang kata - Idris
IDRIS: Sekiranya perkara yang paling tidak diingini berlaku selepas PRU15 nanti, rakyat dan generasi akan datang melihat, siapa di kalangan pimpinan parti yang hendak kepada perpaduan atau hanya lakonan semata-mata. - Gambar fail
IPOH: Pas akan terus dengan konsep penyatuan ummah, walau apa pun orang lain kata.
Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad berkata, biar rakyat yang akan menghakimi perkara itu.
"Biar apa benda orang nak kata pun, kami kira 'move forward' kepada soal untuk nak penyatuan ummah. Biar yang akan menghakimi perkara ini ialah rakyat.
"Rakyat akan tengok dan sekiranya perkara yang paling tidak diingini berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, rakyat dan juga generasi akan datang melihat, siapakah di kalangan pimpinan-pimpinan parti politik yang hendak kepada perpaduan, ataupun hanyalah lakonan saja (dalam) soal perpaduan," katanya.
Beliau ditemui ketika hadir Majlis Makan Malam dan Dana Pilihan Raya PRU15 Pas Perak di sini malam tadi.
Pada Ahad, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu menetapkan tiga syarat kepada Pas dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi PRU15.
Tiga syarat berkenaan termasuk Pas perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional, memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.
Menurut Ahmad Zahid, syarat itu telah disampaikan kepada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi pertemuan baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#PAS
#Idris Ahmad
#PRU15
#Penyatuan Ummah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan