MISI pencarian pemimpin terbaik bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan secara rasminya bermula selepas penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) esok Isnin, 25 April.
Bagaimana tidak, wakil rakyat berkenaan nanti akan menjadi kepala di DUN berkenaan serta mengemudi perancangan penduduk setempat untuk lima tahun lagi sehingga PRN ke-12 kelak.
Dalam tempoh itu, wakil berkenaan secara konsepnya akan menjadi tempat mendengar masalah, meluah perasaan, dipertanggungjawabkan untuk menjaga kawasan dan paling penting membawa kemajuan kawasan dalam cara tersendiri yang dimahukan pengundinya.
Pastinya setiap pilihan raya tertumpu kepada beberapa proses menguatkan jentera, mencari isu, faktor pribumi termasuk kaum di kawasan berkenaan dan paling penting pasti melibatkan kekuatan calon itu sendiri.
Empat faktor itu menjadi perbahasan besar pengundi di mana-mana sahaja dan paling utama memastikan perjalanan kemajuan yang didamba penduduk setempat selama ini terjamin serta tidak terbantut selepas pemilihan wakil rakyat secara rasmi pada 7 Mei depan.
Faktor berkenaan juga menjadi platform yang akan memastikan pemilihan wakil rakyat paling sesuai di kawasan masing-masing bersandarkan ciri-ciri serta pakej individu yang akan mula dipromosi selepas hari penamaan calon di dalam kempen masing-masing.
Menariknya kali ini, dikhabarkan beberapa calon muda akan mengambil tempat untuk bertanding dan pastinya nafas anak muda akan membawa kerancakan berbeza sepanjang minggu untuk mengumpan bakal pengundi mereka nanti.
Faktor kemenangan
Tidak ada pihak boleh menafikan dua elemen pemilihan pengundi iaitu kekuatan parti serta calon itu sendiri.
Itu faktor yang menjadikan sesebuah parti atau calon itu merupakan kombinasi yang agak sukar diperolehi kerana mungkin sifat kontra yang ada di antara kedua-duanya.
PRN Sarawak kali ini pastinya medan untuk membuktikan rakyat negeri ini mendapat kedua-dua kombinasi terbaik hasil ramuan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Dalam kes ini, jangan dinafikan hak pengundi untuk menilai bakal calon yang akan membawa suara mereka untuk sekurang-kurangnya lima tahun lagi.
Pada umumnya, pengundi sudah tahu serta tidak sangsi dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) selepas rekod cemerlang sebelum ini.
Barisan calon yang mempunyai kombinasi baru dan lama merupakan rahsia terbuka sudah diumum sebelum ini menjadikan pengundi boleh menilai kekuatan individu yang akan dipilih.
Tentunya 40 calon PBB, 13 SUPP, 13 calon langsung BN, 11 dari PRS serta lima dari SPDP akan membawa suara kemajuan yang melengkapi hasrat rakyat Sarawak selama ini.
Calon ini juga semuanya mewakili parti yang mempunyai rekod cemerlang, lengkap dengan faktor parti dan calon boleh menang serta mengawal kumpulan tekanan sepanjang tempoh selepas hari pengundian akan datang.
Kekuatan Adenan
Secara asasnya tidak banyak perbezaan trend akan dilihat pada PRN kali ini kecuali penilaian terhadap kekuatan Adenan sendiri.
Karisma baik Adenan akan menyambung kecemerlangan kepimpinannya untuk negeri Sarawak.
Selepas mengambil kerusi ketua menteri, Adenan sudah membuktikan kredibilitinya dengan kualiti pentadbiran yang boleh diberi penarafan lima bintang oleh rakyat negeri Sarawak.
Tentunya rakyat Sarawak sudah meraikan kehebatan Adenan selain menjadi ikon kemegahan rakyat negeri itu sendiri yang melihat ia sebagai komoditi politik terbaik kepada mereka.
Kira-kira di atas kertas adalah meraikan kemenangan BN namun penilaian itu tertakluk kepada tahap penguasaan kerusi yang akan dimiliki serta mungkin risiko ada yang terlepas kepada pihak yang satu lagi.
Sama ada kemegahan ini akan diraikan atau sebaliknya, semuanya akan diketahui dalam tempoh yang tidak lama lagi.
Wan Syamsul Amly
Sun Apr 24 2016
Pada umumnya, pengundi sudah tahu serta tidak sangsi dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) selepas rekod cemerlang sebelum ini. - Foto Bernama
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Adenan Satem mahu bersara selepas lima tahun
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau hanya memerlukan lima tahun lagi untuk memimpin Sarawak sebelum bersara.
Perpaduan: Semenanjung perlu belajar dari Sarawak - Dr Siva
Landskap keamanan bangsa di Sarawak dilihat dapat menjadi negeri contoh yang mengekalkan perpaduan serta keharmonian di antara kaum di negara ini.