awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertembungan sepupu satu lawan satu di DUN Senallang, Semporna

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
28/04/2018
09:24 MYT
Pertembungan sepupu satu lawan satu di DUN Senallang, Semporna
Semua calon yang bertanding ditampilkan dalam pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini di Dewan Masyarakat Semporna. - Astro AWANI
'Seteru' sepupu.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sah bertembung satu lawan satu untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Senallang, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.
Pertembungan dua tokoh politik itu dijangka menjadi tumpuan kali ini di daerah Semporna selepas salah seorang calon daripada Parti Harapan Rakyat, Zakaria Md Jakaria ditolak permohonannya kerana masalah teknikal.
Terdahulu, pengesahan pengumuman calon yang melibatkan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN itu tergendala sehingga jam 1.35 petang tadi atas masalah teknikal, sebelum diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya P.189 Semporna, Dr Cacho Bullah.
Selain itu, pertembungan keluarga juga berlaku bagi kerusi DUN Bugaya apabila muka baharu yang ditampilkan BN iaitu Datuk Abd Razak Tun Sakaran yang menentang ibu saudaranya sendiri, Manis Muka Mohd Dara (Warisan) dalam pertembungan enam penjuru.
BACA: 'Kerusi panas' Sabah: Faktor undi popular, faktor keluarga
Selain Abd Razak dan Manis Muka, antara calon yang akan bertanding dalam DUN Bugaya adalah Mahamod Sarahil (Pas), Kuli Maralang dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Abdul Muksin Mohd Hassan (Bebas) dan Mohd Said Tiblan dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).
Sementara itu, selain bertanding di DUN Senallang, Mohd Shafie turut mempertahankan kerusi Parlimen Semporna yang disandangnya sebelum ini dengan menyaksikan pertembungan empat penjuru.
Beliau akan ditentang oleh calon BN, Datuk Ramlee Marahaban yang bertukar kerusi ke Parlimen, Asmara Asmad (Harapan Rakyat) dan Abdul Nasir Abdul Raub (Pas).
Manakala bagi DUN N.52 Sulabayan turut menyaksikan pertembungan empat penjuru yang mana penyandangnya sebelum ini Datuk Jaujan Sambakong dari Warisan akan ditentang oleh Datuk Harman Mohamad (BN), Utung Tanjong Baru (Harapan Rakyat) dan Abdul Nasir Abdul Raub (Pas).
Topic Berkaitan
#Bugaya
#DUN Senallang
#Malaysia Memilih
#Mohd Shafie Apdal
#Nasir Tun sakaran
#PRU14
#Ramlee Marahaban
#Razak Tun Sakaran
#Semporna
#sulabayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan