Perjumpaan tertutup antara pemimpin tertinggi UMNO antaranya Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang tiada Kaitan dengan peralihan kuasa dalam parti itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata perjumpaan pada Jumaat lepas itu adalah untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa dan strategi mengukuhkan parti itu.
"Dalam perjumpaan dengan Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, itu, kami langsung tidak membincangkan mengenai peralihan kuasa dalam UMNO.
"Perjumpaan tertutup itu bukan sahaja diadakan di Pulau Pinang sebaliknya di seluruh negara kerana pemimpin tertinggi parti mahu memberi penjelasan mengenai perkara-perkara berbangkit dan isu semasa kepada pemimpin peringkat negeri agar dapat diperjelaskan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program MyRezekiFest 2015 peringkat Pulau Pinang di Dataran Dewan Perda, Sungai Acheh, di sini hari ini.
Perjumpaan yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai itu turut dihadiri Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Zainal Abidin berkata sekarang ini bukan masanya untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa kerana UMNO sedang menghadapi waktu sukar dan banyak perkara terutama isu-isu semasa perlu dijawab serta dijelaskan kepada rakyat.
Selain itu, katanya mereka turut membincangkan hala tuju parti dan strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Program gerak kerja untuk PRU14 perlu bermula dari sekarang dan kita perlu fokus serta memperhalusi teknik dan strategi yang digunakan bagi meningkatkan kepercayaan pengundi," katanya.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata UMNO negeri yakin angka pengundi berdaftar di Pulau Pinang akan bertambah sebelum PRU14 yang dijangka diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.
Ketika ini, ada 880,000 pengundi berdaftar di Pulau Pinang dan kami yakin dengan beberapa strategi yang telah dirangka jumlah itu akan bertambah dari masa ke semasa," katanya.
Bernama
Sun Oct 04 2015
ZAINAL ABIDIN: Dalam perjumpaan dengan Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, itu, kami langsung tidak membincangkan mengenai peralihan kuasa dalam UMNO. -Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Pertemuan tertutup dengan pemimpin UMNO negeri bukan untuk peralihan kuasa
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata perjumpaan pada Jumaat lepas itu adalah untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa dan strategi mengukuhkan parti itu.