Skip to main content

Politik

PGRS susun semula struktur organisasi, perkukuh gerak kerja parti

TAWAU, 10 Mei -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika ditemui Bernama berhubung penganjuran Program MADANI Rakyat di Tawau hari ini.  -- fotoBERNAMA (2025)
NIZAM: Penstrukturan semula ini akan memberi banyak kebaikan lagi dalam perjuangan Gagasan Rakyat untuk membela rakyat. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) merancang menstruktur semula organisasinya daripada 74 bahagian kepada 26 dalam usaha memperkukuh dan memperkemaskan parti.

Ketua Penerangan PGRS Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata langkah itu dipersetujui Majlis Tertinggi parti berkenaan bagi memastikan gerak kerja lebih tersusun dan berkesan.

Advertisement

Beliau berkata penstrukturan semula itu bertujuan mengukuhkan PGRS sebagai tunjang kepada Kerajaan Perpaduan di Sabah dan memperkasakan perjuangan membela rakyat.

“Penstrukturan semula ini akan memberi banyak kebaikan lagi dalam perjuangan Gagasan Rakyat untuk membela rakyat,” katanya kepada pemberita semalam.

Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah itu berkata struktur baharu dijangka berasaskan 25 kawasan Parlimen di Negeri di Bawah Bayu serta satu di Labuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata langkah itu menjadi hala tuju baharu parti dalam memperkukuh operasi PGRS di semua peringkat selain memudahkan pelaksanaan aktiviti. 

Nizam juga berkata PGRS akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkaitan termasuk pindaan Perlembagaan parti.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video