GOMBAK: Perasaan curiga dan rasa tidak puas hati perlu dibuang jauh jika ada dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak tercalon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos depan.
Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan rundingan kerusi di peringkat pucuk pimpinan telah selesai dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menurutnya, semua pihak perlu sedia untuk reda dan berlapang dada dengan keputusan tersebut serta kekal bersama atas semangat perpaduan.
"Adat bergabung, kita kena sedia reda dan kena sedia memberi. Kita bukan tamak haloba tetapi keutamaan kita 'winability' iaitu mesti menang.
"Justeru, saya minta jentera PH dan BN untuk hilangkan rasa tidak puas hati, bimbang dan curiga itu. Kita capai kemenangan dahulu," katanya pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perpaduan N16 DUN Sungai Tua pada Ahad.
Dianggarkan lebih 800 jentera daripada parti PH dan BN hadir pada program di padang awam Batu Caves.
Amirudin berkata, PH Selangor telah membuktikan komitmen sebagai sebuah gabungan apabila tidak menunggu lama membawa masuk wakil rakyat BN menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri sebaik terbentuknya Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat.
"Ini baru permulaan dan selepas ini kena turuti kerja yang baik untuk bangunkan serta jaga negeri kita bersama-sama.
"Kita bentengi kubu negeri kita ini bersama-sama daripada perosak dan pengkhianat. Akhirnya kita akan dapat melihat Selangor sebuah negeri maju, terancang seperti yang dibina lima tahun kebelakangan ini khususnya selepas pandemik COVID-19," katanya.
Beliau yakin, pengalaman BN dalam pentadbiran kerajaan mampu membawa Selangor menjadi negeri yang lebih baik dan stabil.
"Sebab itu apabila disebut reformasi, ini adalah nadi dan jiwa parti iaitu perubahan ke arah kebaikan dan pembetulan kepada segala ruang kosong serta kesilapan.
"Kita yakin dengan pengalaman rakan-rakan BN dalam pentadbiran, kita dapat percepat proses pembetulan dan bentuk negeri kita jauh lebih baik, bukan negeri tidak stabil yang perlu tukar menteri setiap bulan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 10 2023

Amirudin (depan, tengah) bersama jentera pilihan raya DUN Sungai Tua pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

USM perkasa industri madu kelulut menerusi kajian klinikal dan kerjasama strategik
USM memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri madu kelulut negara.
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2025)

Pemilihan PKR: Segala dakwaan perlu serta bukti - Amirudin
Segala dakwaan berhubung ketelusan proses pemilihan PKR perlu disertakan dengan bukti dan bukannya bersandar kepada permainan sentimen atau hujahan tidak jelas.

Kebakaran Putra Heights: Selangor timbang jadi orang tengah isu tuntutan insurans
Mesyuarat unit bencana negeri Selangor petang ini antara lain akan membincangkan kemungkinan kerajaan negeri boleh menjadi orang tengah bagi menyelaras rundingan antara mangsa insiden kebakaran salura

Amirudin ingatkan calon PKR jaga tertib, amal politik matang ketika berkempen
Amirudin berkata peringatan itu turut ditujukan kepada dirinya memandangkan beliau turut bertanding mempertahankan jawatan disandang.

Pemilihan PKR: Tertiblah dalam berkempen, jangan serang peribadi dan menuduh tanpa asas - Amirudin
Amirudin Shari menggesa semua pihak bertanding untuk tidak menyerang peribadi lawan, melontar fitnah atau membuat tuduhan yang tidak berasas.

Pemilihan PKR 2025: Amirudin mahu pertahan jawatan Naib Presiden
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bagi sesi 2025-2028.

Komitmen terhadap fakta teras kerjasama media dan kerajaan - MB Selangor
Ia bagi memastikan sistem sosial masyarakat terus stabil terutama dalam konteks kepelbagaian budaya serta fahaman di Malaysia.

Kebakaran gas Putra Heights: Kerajaan Selangor pastikan proses pemulihan mangsa telus, selamat
Kerajaan Negeri Selangor komited memastikan proses pemulihan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dilakukan secara telus, selamat dan penuh tanggungjawab.

Kebakaran gas Putra Heights: Peruntukan RM46 juta bantu bina semula kediaman - Nga
Peruntukan menerusi Tabung Amanah Bencana Perumahan Negara itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa.

Kebakaran gas Putra Heights: Kerajaan peruntuk RM40 juta baik pulih kediaman terjejas
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM40 juta bagi kerja-kerja membaik pulih kediaman terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights.

ECM Utama Malaysia 2025 catat jualan luar biasa RM158 juta
Terdapat 1,060 permohonan daripada peniaga pelbagai sektor termasuk fesyen, kecantikan, makanan dan minuman, kediaman, peralatan dan produk bayi.