ALOR SETAR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dinasihatkan agar tidak lagi menggunakan sentimen agama dan bangsa untuk memberi imej buruk terhadap Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.
Ismail berkata, sebagai seorang pemimpin bertaraf ulama dalam parti, beliau tidak seharusnya melemparkan kenyataan yang berunsurkan fitnah semata-mata mahu memancing undi.
Menurutnya, tindakan Abdul Hadi itu didakwa dilakukan dalam dua ceramah di Kedah pada 23 Julai dan di Terengganu pada 30 Julai lalu.
“Ini merupakan fitnah yang dilemparkan oleh seorang ulama dalam Pas, mudahnya beliau lontar kata-kata menyerang PH dengan fakta tidak sahih.
“Abdul Hadi tidak seharusnya bermain dengan sentimen yang sensitif seperti itu, ia hanya merugikan orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian di sini selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Khamis.
Hadir sama, wakil dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu Ketua Cabang Alor Setar, Datuk Zamri Yusuf.
Ismail berkata, laporan polis dibuat agar siasatan dilakukan terhadap kenyataan Abdul Hadi kerana ia mengundang fitnah dan mengaibkan pihak lain.
“Saya kesal apabila Presiden Pas dalam ucapannya sempena pelancaran Perikatan Nasional (PN) peringkat Terengganu di pekarangan Masjid Rusila, antaranya menyebut kerajaan PH semasa memerintah mahu merungkai Perlembagaan Malaysia, mencabar Islam dan keistimewaan orang Melayu.
“Sebenarnya beliau mahu menutup kelemahan Pas sendiri yang bersekongkol dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merampas kuasa menerusi Langkah Sheraton.
"Apakah Abdul Hadi sudah lupa percaturan politik yang mereka lakukan sehingga kerajaan PH tersungkur?” soalnya.
Menurutnya lagi, seeloknya semua parti politik ‘berlawan atas padang’ yang sama, iaitu pilihan raya berbanding dengan memainkan sentimen fitnah.
“Ia hanyalah suatu pemikiran tidak sihat, mana mungkin hanya beliau sahaja yang betul dan layak melabel pihak lain hanya untuk raih undi politik. Cukup-cukuplah, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dekat, gunakan pendekatan berhemah untuk berkempen,” katanya.
Ismail berkata, rakyat lebih bijak membuat penilaian sama ada pemerintahan PH atau PN lebih baik tanpa perlu mengaburi pandangan mereka dengan fitnah.
“Ini antara fakta yang ingin saya bangkitkan semula, ia bukan fitnah. Pada tahun 80-an, fatwa Abdul Hadi melabel orang UMNO kafir, sebaliknya sekarang mereka ‘berpeluk’ mesra.
“Pada tahun 2008, Pas sertai Pakatan Rakyat (PR) bersama dengan DAP. Selepas itu, pada 2015, Pas kata DAP jahat pula. Anda nilai sendiri kedudukan Pas dan agendanya,” katanya lagi. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 04 2022

Dr Ismail (tiga, kiri) membuat laporan polis bersama berhubung kenyataan Abdul Hadi yang disifatkan berunsur fitnah di IPD Kota Setar. -Foto Sinar Harian

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Mahkamah | Ahli perniagaan didakwa tipu hampir RM1.9 juta
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas lapan pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta bagi menyelesaikan kes cukai rokok pada 2019.

Mata Wang | Ringgit susut 4.6%, tidak eksklusif kepada Malaysia
Nilai ringgit menyusut sebanyak 4.6 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua tahun ini. Sehingga 10 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ia telah susut 6.3 peratus sejak awal tahun lalu.

Penjawat Awam | Melaka larang pegawai beri kenyataan memalukan
Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum yang berupaya memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media. Dalam hal ini, semua kenyataan lebih-lebih lagi yang melibatkan dasar kerajaan negeri mesti mendapat kelulusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mengelakkan sebarang salah faham dan perbalahan yang boleh menjejaskan imej negeri.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pekerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Rayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 25 Okt
Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Okt untuk mendengar rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen bank melibatkan Goldman Sachs dan keluarga Zeti Akhtar.

Google Cloud umum bawa rantau awan pertama ke Malaysia
Google Cloud mengumumkan akan membawa rantau awan pertamanya ke Malaysia bagi memenuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia.

Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.

PH Kedah buat laporan polis terhadap Abdul Hadi
Ismail berkata, sebagai seorang pemimpin bertaraf ulama dalam parti, beliau tidak seharusnya melemparkan kenyataan yang berunsurkan fitnah semata-mata mahu memancing undi.

Agihan kerusi PN PRU15 secara bertolak ansur - Muhyiddin
Langkah itu bagi membolehkan jentera parti memulakan gerak kerja lebih awal.

Beri mandat kepada PN pada PRU15 - Abdul Hadi
Katanya, agenda membahagiakan rakyat yang diutamakan membuktikan prestasi cemerlang PN dalam mentadbir negara.

PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi
Pas secara dasarnya bersetuju untuk menggunakan logo baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

'Hukuman rasuah dalam Islam bersifat mendera tetapi mendidik'
Hukumannya setimpal dengan kadar kesalahan dan benar-benar memberi pengajaran mengikut budi bicara dan kebijaksanaan penguat kuasa.

Perjanjian jawatan TPM wujud, Abdul Hadi kena rujuk Takiyuddin - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa sebenarnya memang wujud perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kouta Kabinet.

Pas pertimbang guna logo baharu untuk berdepan PRU15
Pas sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo baharu dalam pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan lambang Perikatan Nasional (PN).

Pilihan raya sudah dekat, tidak perlu lantik TPM - Abdul Hadi
Tiada keperluan untuk melantik timbalan perdana menteri buat masa ini, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pas sedia hadapi risiko tewas PRU15 jika terus kekal dalam PN - Abdul Hadi
Pas gesa PRU15 ditangguhkan kerana memikirkan keresahan dan kesulitan hidup rakyat, bukannya kemaruk kuasa, tegas Presiden Pas.