awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/03/2021
14:43 MYT
PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar sidang Parlimen dapat disegerakan secepat mungkin berikutan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membenarkan Parlimen bersidang ketika tempoh darurat.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, pada masa sama menjunjung kasih titah Al-Sultan Abdullah yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan.
“Kami mengalu-alukan titah Duli Tuanku yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan.
“Maka berikutan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, nasihat YAB Perdana Menteri kepada Duli Tuanku bagi membendung gejala wabak COVID-19 melalui Pengisytiharan Darurat serta Pemasyuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 perlu sentiasa peka ke atas prinsip tersebut bagi memastikan hak rakyat dapat disuarakan di Parlimen,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu menzahirkan kekecewaan terhadap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.semalam bahawa tiada keperluan lagi untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh Proklamasi Darurat.
BACA: Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Anwar menyatakan tindakan itu bertentangan dengan pandangan dan titah Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat antaranya Belanjawan 2021, krisis COVID-19, dan juga ekonomi.
"Justeru, selaras dengan kuasa wewenang Duli Tuanku di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, kami dengan rendah diri dan seikhlasnya merayu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong; sekiranya diperkenankan, untuk menitah Sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Parlimen
#COVID-19
#Belanjawan 2021
#ekonomi
#Anwar Ibrahim
#pembangkang
#Pakatan Harapan
#Ahli Parlimen Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan