awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH perlu fahami kegusaran orang Melayu - Penganalisis

Najib Aroff
Najib Aroff
03/03/2019
07:59 MYT
PH perlu fahami kegusaran orang Melayu - Penganalisis
Beliau berkata kekalahan PH di Dun Semenyih harus dijadikan peringatan bahawa setiap janji dan manifesto yang masih ditunggu oleh rakyat harus ditunaikan. - Foto Astro Awani
Pakatan Harapan (PH) perlu segera mencari naratif politik baharu dalam memahami kegusaran yang disuarakan kaum Melayu.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaya Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid, gabungan Pas dan Umno berjaya merumuskan formula terbaik dalam memenangi hati pengundi Melayu seperti dibuktikan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
“Kekalahan PH di DUN Semenyih harus dijadikan satu bentu pemeriksaan realiti. Ia soal kegusaran kaum Melayu dan agama Islam dan ia isu yang benar-benar wujud dari segi politik. PH perlu membina naratif baharu jika mahu memenangi hati kaum Melayu.
“PH harus mampu menerangkan kepada rakyat sejauh mana dasar yang mereka lakukan akan memperkukuhkan dan menyanjung apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan hak kaum melayu dan agama islam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata kekalahan PH di Semenyih harus dijadikan peringatan bahawa setiap janji dan manifesto yang masih ditunggu oleh rakyat harus ditunaikan.
BACA: BN berjaya rampas semula kerusi DUN Semenyih
BACA: PRK Semenyih: Mesej rakyat untuk diteliti - Dr Wan Azizah
“Sudah sembilan bulan Pilihan Raya Umum berlalu dan sudah tiba masanya kerajaan bertanggungjawab memberikan pentadbiran yang terbaik (dalam memenuhi janji).
Dr Hamidin pada masa sama berkata meskipun Pas dan Umno sudah menemui formula yang berkesan di DUN Semenyih, namun ia bukan petanda mereka boleh berasa selesa.
“Kerjasama Pas dan Umno ini bukan sesuatu yang kukuh dalam kerangka kerjasama politik. Kerjasama itu dilakukan mengikut keperluan semasa dan berasaskan situasi.
“Meskipun kerjasama itu satu aset buat Umno, namun ia juga boleh jadi liabiliti bagi memastikan ia berterusan demi survival mereka,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#BN Rampas DUN Semenyih
#DUN Rantau
#DUN Semenyih
#janji manifesto
#janji pilihan raya
#Kerjasama Pas dan Umno
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan