GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang lebih berminat mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada pertengahan tahun ini dan mengharapkan penjelasan yang lebih baik mengenai tempoh masa yang sesuai untuk PRN, kata pengerusinya Chow Kon Yeow.
Beliau berkata tidak sepatutnya ada mainan teka-teki mengenai PRN dan tarikh kemungkinan pembubaran DUN perlu diputuskan dan diumumkan lebih awal daripada biasa.
"Dengan berbuat demikian, saya fikir rakyat akan menjangkakan bahawa kami sudah mempunyai tarikh dalam fikiran. Semua orang boleh membuat persiapan untuk pilihan raya, malah parti politik dan calon juga boleh membuat persiapan dengan lebih kepastian.
"Kepastian dari segi tarikh pilihan raya negeri juga akan membantu menstabilkan suasana politik," katanya kepada Bernama selepas mengedarkan limau mandarin menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, di sini, hari ini.
Chow berkata persediaan PH untuk PRN sedang berterusan dan semalam mereka mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu termasuk masa untuk pilihan raya dan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
"Mesyuarat juga memutuskan bahawa kami lebih suka pilihan raya diadakan pada pertengahan tahun ... Mei, Jun atau Julai. Tetapi ini tertakluk kepada pertimbangan yang lebih besar oleh PH pusat," kata Chow, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Enam negeri - Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu - perlu mengadakan PRN masing-masing, tahun ini.
Mengenai kerjasama dengan BN pada pilihan raya negeri, Chow, yang juga pengerusi DAP Pulau Pinang, berkata PH negeri sedang menunggu arahan daripada pemimpin PH di peringkat nasional.
Chow berkata, prestasi baik Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan parti politik lain.
Beliau mendakwa pengundi Melayu secara umumnya telah menolak UMNO pada PRU15 dan undi mereka diberikan kepada PN dan bukannya PH.
"Jadi secara tiba-tiba, ini menjadi isu untuk semua parti politik mengambil kira apa juga strategi yang ingin mereka susun untuk menghadapi pilihan raya negeri tahun ini," katanya.
Beliau berkata prestasi Kerajaan Perpaduan dalam enam bulan pertama akan mempengaruhi keputusan pilihan raya negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ketika sesi temubual bersama Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Pulau Pinang, Kenny Teng Khoon Hock di pejabat Biro Bernama Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
PH P.Pinang bermesyuarat hari ini bincang pengagihan kerusi PRN
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengadakan mesyuarat petang ini bagi memuktamadkan agihan kerusi dalam kalangan parti komponen PH di negeri itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
PRN: PH P. Pinang akan adakan rundingan rasmi dengan BN sedikit masa lagi
PH Pulau Pinang sudah menerima arahan PH pusat, untuk memulakan rundingan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
PH Pulau Pinang mahu kepastian tempoh PRN
Chow Kon Yeow berkata tidak sepatutnya ada mainan teka-teki mengenai PRN dan tarikh kemungkinan pembubaran DUN perlu diputuskan dan diumumkan lebih awal daripada biasa.
Perjanjian permuafakatan: P. Pinang tunggu arahan kepimpinan pusat
Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan negeri akan melihat apa yang diputuskan dan menunggu arahan seterusnya.
PRU15: PH P. Pinang runding pembahagian kerusi Rabu ini - Chow
Pembahagian kerusi di peringkat negeri pada Rabu itu, melibatkan semua kerusi Dewan Undangan Negeri.