awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Parlimen dan DUN berasingan susahkan rakyat - Mustapa

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
25/09/2022
05:24 MYT
Pilihan raya Parlimen dan DUN berasingan susahkan rakyat - Mustapa
Mustapa berkata rakyat akan terkesan sekiranya terpaksa balik mengundi dua kali dan pada masa sama meningkatkan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). - BERNAMA
JELI: Pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dibuat serentak akan menyusahkan rakyat dan meningkatkan kos perbelanjaan pilihan raya hampir dua kali ganda.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, rakyat akan terkesan sekiranya terpaksa balik mengundi dua kali dan pada masa sama meningkatkan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hampir dua kali ganda sekiranya pilihan raya Parlimen dan DUN berlangsung secara berasingan.
"Kos akan jadi dua kali ganda, kalau pilihan raya umum belanjanya contoh RM1 bilion, kalau DUN berasingan pilihan raya sekali lagi, belanja jadi hampir RM2 bilion.
"Kedua, adakah rakyat yang berada di luar akan pulang mengundi kali kedua, ini melibatkan belanja rumah dan keluarga, dua kali pulang nak mengundi.
"Ketiga, menyebabkan ketegangan dan ketidakstabilan dalam masyarakat kerana pemimpin berceramah, berpolitik untuk kempen pilihan raya sehingga mengabaikan tumpuan memulihkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang peringkat Parlimen Jeli di sini hari ini.
Sebelum ini Pas menegaskan negeri-negeri yang dikuasainya di Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak akan membubarkan DUN sekiranya Parlimen dibubarkan tahun ini.
Ini kerana tempoh tamat penggal DUN di tiga negeri berkenaan berakhir antara Jun dan Julai tahun depan.
Pas menegaskan tiada keperluan untuk membubarkan DUN sekiranya UMNO masih berusaha meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada tahun ini.
Media sebelum ini melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tetap konsisten agar pilihan raya perlu diadakan segera berdasarkan mood dan kehendak akar umbi yang mahukan Ismail Sabri membubarkan Parlimen bagi membolehkan mandat dikembalikan kepada rakyat untuk membuat penentuan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Mustapa Mohamed
#bubar DUN
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan